PERANCANGAN untuk melancong atau bercuti ke luar negara mungkin tidak terlaksana tahun ini.
Namun anda tidak perlu kecewa mahu pun sedih memandang mulai sekarang sudah boleh merancang meneruskan impian melancong ke beberapa destinasi yang menarik di dunia.
Beberapa nama negara telah disenarai bakal menjadi tarikan pelancong pada tahun depan oleh Lonely Planet's Best In Travel 2020.
ARTIKEL BERKAITAN: Bekas bunker Nazi diubah jadi hotel mewah, bakal dibuka pada 2021
Antara negara-negara yang menjadi pilihan pelancong seperti berikut mengikut urutan;
1. Bhutan
2.England
3.North Macedonia
4. Aruba
5. eSwatini (Swazilan)
6.Costa Rica
7.Belanda
8.Liberia
9.Morocco
10. Uruguay
Manakala bandar utama yang dijangka turut menjadi perhatian pelancong adalah Slazburg (Austria), Washington DC (Amerika Syarikat), dan Cairo (Mesir).
Bagi kawasan luar kota yang menarik disenaraikan adalah Silk Road (China) , Le Marche (Itali), Tohoku (Jepun) dan Maine (Amerika Syarikat).
Selain itu, East Nusa Tenggara di Indonesia dianggap sebagai best spot value diikuti Budapest (Hugary), Madhya Pradesh (India) dan Buffalo di AS.