suria

10 tempat menarik wajib singgah di KL... bukan sahaja dekat, perlu bajet ciput je!

Taman Tasik Titiwangsa sudah dibuka kepada umum pada Ahad lalu. fotoBERNAMA

TINGGAL berdekatan ibu kota Kuala Lumpur tetapi tak tahu nak bawa anak-anak ke mana cuti sekolah ini?

Usah bimbang kerana sebenarnya terdapat banyak lokasi menarik yang ditawarkan untuk anda terokai seisi keluarga.

Bukan sahaja lokasi dekat, malah anda tidak perlu berbelanja besar.

Antara laluan trail di Taman Tugu.

Berikut antara beberapa lokasi menarik yang boleh anda kunjungi.

1. Taman Tugu

Mempunyai satu laluan hutan utama sejauhkira-kira 1 kilometer. Laluan di taman ini juga dilabel dengan papan tanda yang jelas. 

Jadi jangan bimbang anda tidak akan tersesat. Sesiapa pun boleh masuk ke dalam trail ini tanpa dikenakan bayaran. Taman ini dibuka dari pukul 7 pagi hingga 6.30 petang setiap hari.

Taman Tugu dibuka setiap hari bermula 7 pagi hingga 6.30 petang.

2. Perpustakaan Kuala Lumpur

Selepas ditutup untuk kerja pembaikan, Perpustakaan Kuala Lumpur atau Pustaka KL kini berwajah baharu sesuai untuk menyemarakkan lagi minat membaca di kalangan rakyat Malaysia. 

Bukan saja ada private room untuk discussion tapi Wifi laju beb! Alang-alang dah kat KL tu bolehlah singgah. Perpustakaan ini dibuka setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad minggu pertama setiap bulan serta cuti umum.

Reka bentuk dalaman lebih ceria dan mesra kanak-kanak.

3. Taman Metropolitan Kepong

Antara taman reaksi terbesar di Kuala Lumpur yang sering dijadikan tempat beriadah warga kota dan penduduk sekitar Selayang dan Batu Caves. 

Taman ini dilengkapi trek joging dan berbasikal, taman permainan kanak-kanak, padang bola sepak dan kawasan untuk permainan layang-layang. 

Setiap petang Sabtu dan Ahad, taman ini sentiasa dipenuhi pengunjung yang beriadah bersama keluarga.

Ramai bermain layang-layang di sini pada hujung minggu.

4. Taman Tasik Titiwangsa

Mula dibuka kepada umum pada Ahad lalu selepas ditutup lebih setahun untuk kerja penambaikan dan pengindahan kawan. Taman yang berwajah baharu ini akan dibuka bermula 6 pagi hingga 10 malam setiap hari. 

Antara tarikan terbaharu adalah Kanopi Banjaran Titiwangsa, Laman Kerawang, Taman Air Kanak-Kanak dan Taman Permainan Kanak-Kanak. Menariknya taman ini guna boleh digunakan untuk semua lapisan masyarakat dan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU).

Taman ini lebih mesra kanak-kanak.

5. Bukit Gasing

Kawasan ini amat sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti hiking. Terdapat beberapa laluan mendaki di dalam taman untuk memenuhi semua peringkat umur. 

Persekitaran ini juga menjadi kawasan favourite untuk mereka yang ingin melepaskan penat lelah bekerja sambil beriadah dalam masa yang singkat.

Bukit ini sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti hiking.

6. Sky Park @ One City, Subang Jaya

Pusat membeli belah terkenal di Subang Jaya yang dibina bertemankan 'garden' iaitu bangunannya ditumbuhi pokok hijau. 

Apa yang amat menarik di sini ialah Skypark di One City, anda dapat berjalan dan melihat dari tingkat atas melalui kaca. Sungguh mengujakan apabila kita boleh lihat suasana shopping dari atas iaitu dari tingkat 11. Masuk di skypark ini adalah percuma.

Ngeri weh tapi apa salahnya kalau cuba sekali seumur hidup.

7. Kuala Lumpur Upside Down House

Salah satu tempat menarik yang terletak di KL Tower adalah Rumah Terbalik. Konsep rumah tradisional ini semua yang tunggang terbalik pasti memberikan anda satu pengalaman baru yang menyeronokkan untuk diluangkan bersama anak-anak. 

Rumah terbalik di sini juga lebih meriah dan lebih luas untuk anda boleh berselfie dan bergambar. Lokasinya juga mudah diakses dengan hanya jalan kaki dari beberapa hotel popular di KL seperti Shangri-La Kuala Lumpur dan Pacific Regency Hotel Suites.

Tak payah pergi jauh hingga ke Sabah, kat Kuala Lumpur pun ada.

8. Museums of Illusion

Ini adalah salah satu tarikan yang mesra anak-anak. Terletak di aras 1 & 2 Ansa Hotel, Jalan Bukit Bintang, muzium 3D ini menawarkan mural ilusi yang unik. Antaranya Votex Tunnel. 

Bila anda masuk ke dalam terowong unik itu anda dapat rasakan keadaan sekeliling seoalah-olah berputar 360 darjah walaupun hakikatnya ia sekadar ilusi. Kaki pun rasa sedikit gementar kerana bimbang tersilap langkap.

Tengok gambar pun dah macam berputar 360 darjah.

9. KLCC Park

Taman KLCC ini mempunyai landskap yang sangat cantik dengan tasik di tengahnya. Dari taman ini juga, anda boleh melihat pemandangan Menara Berkembar KLCC dari sudut yang lebih menarik. 

Di sebelah malam pula, ramai pelancong gemar lepak di sekitar tasik untuk melihat air pancut warna warni berirama.

Taman ini sering menjadi tumpuan pelancong luar negara pada sebelah malam kerana air pancutnya yang berwarna-warni.

10. Jurassica

Terletak di The Gardens MidValley, Jurassica merupakan satu satu tempat menarik dikunjungi seisi keluarga. Taman tema ini menyediakan pelbagai aktiviti yang membolahkan orang ramai berinteraktif dengan dinosaurs dan reptilia hidup. 

Selain itu, Jurassica juga menyediakan aktiviti Journey Back in Time, Climbing Wall, Design a Dino, Jurassic Gym dan banyak lagi!

Rasai keseronokan seolah-olah menaiki dinosaur sebenar.

Kuala Lumpur, Taman Tugu, Jurassica

Artikel Lain