suria

Inginkan percutian mencabar, apa kata terokai keindahan pergunungan Hatta, Dubai

Salah sebuah perkampungan di daerah Hatta.

SEBUT sahaja kota Dubai pasti ramai terbayang menara tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa.

Maka tidak hairanlah negara itu diangkat sebagai sebuah destinasi pelancongan mewah yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

Namun Dubai bukan sahaja terkenal dengan pusat membeli-belahnya yang mewah, senibina yang ultramoden dan suasana malam yang sangat happening tetapi destinasi percutian eksotik untuk pasangan yang inginkan kelainan.

Burj Khalifa.

Pelbagai aktiviti menyeronokkan yang boleh diterokai khususnya ketika menjelajah keindahan kawasan pergunungan Hatta yang terletak kira-kira 97 kilometer dari Dubai.

Hatta amat terkenal dengan gunung-ganang berbatu yang menawan. 

Bagi pasangan yang inginkan perjalanan yang mencabar, apa kata terokai keindahan daerah Hatta melalui jalan off-road dan sungai kecil yang mengalir dari mata air di kawasan pergunungan.

Malah anda boleh berhenti seketika di salah satu tasik di tengah pergunungan untuk menikmati kesegaran airnya.

Penginapan Damani Lodges Resort.

Setelah penat berenang, anda boleh bermalam di Sedr Trailers Resort atau pun Damani Lodges Resort yang terletak di atas puncak gunung.

Kedua-duanya menawarkan kawasan penginapan persendirian, tapak unggun api dan kemudahan dapur barbeku.

Anda dan pasangan juga boleh mencuba aktiviti mencabar seperti mendaki gunung, motosikal lasak, berkayak di Empangan Hatta dan memanah.

Namun tidak sah kunjungan ke Dubai jika tidak merasai pengalaman 'authentic' makan malam di Kem Bedouin.  

Di sini pengunjung akan dijamu dengan hidangan bufet ala padang pasir sambil berhibur menyaksikan tarian tradisional gelek.

Aktivit menunggang unta yang ditawarkan di padang pasir.

Seronok tau merentasi padang pasir di atas kenderaan pacauan empat roda (4x4).

Dalam pada itu, rehatkan minda anda dengan berkunjung ke Dubai Miracle Garden iaitu taman bunga terbesar di dunia.

Di sini anda boleh melihat lebih 50 juta jenis bunga berwarna-warni dari seluruh dunia. Ia merupakan lokasi hotspot untuk kaki selfie sekitar Oktober hingga Mac.

Untuk suasana makan malam yang romantik, apa kata bawa pasangan anda ke Dubai Opera.

Dubai Miracle Garden membolehkan anda melihat lebih 50 juta bunga pelbagai jenis di dunia.

Di sini pengunjung berpeluang berjalan di atas hamparan karpert merah untuk menikmati pengalaman persis artis antarabangsa sambil mendengar alunan lagu nostalgia yang dimainkan live band.

Dubai, Hatta, padang pasir

Artikel Lain