BAGI kebanyakan pasangan baharu berkahwin, Bali, Indonesia pasti menjadi destinasi berbulan madu pilihan kerana di pulau itu terdapat pelbagai lokasi yang romantis. Maka tidak hairan TripAdvisor menerusi 25 Best Romantic Hotel in the World menyenaraikan dua hotel di Bali dalam senarai tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: 5 negara ini kembali buka pintu kepada pelancong, dengan syarat sudah disuntik vaksin Covid-19 The Kayon Resort by Pramana yang terletak di Ubud tersenarai ditangga kedua selepas Coco Plum Island Resort di Belize. Suasana romantik di resort ini yang cukup menenangkan. Hotel itu juga sebelum ini pernah tular di media sosial selepas pasangan selebriti Anang Hermansyah dan Ashanty berminat untuk membeli resort itu. The Kayon Resort by Pramana merupakan hotel yang dikendalikan oleh Kumpulan Pramana Experience sejak 2014. Hotel yang dibangunkan di atas tanah berkeluasan 50 ekar ini lengkap dengan landskap hutan yang mendamaikan selain terdapat air terjun yang cukup menyegarkan. Memang cukup sesuai bagi yang ingin berbulan madu di sini dengan memilih penginapan sesuai seperti Valley Deluxe Room, Kayon River Suite dan River Edge Pool Villa. Menariknya, kesemua bilik di resort ini menghadap ke Sungai Petanu selain landskap kehijauan selain River Edge Pool mempunyai kolam renang peribadi di dalamnya. Biliknya juga cukup indah dan romantik. Selain pelbagai kemudahan resort, pengunjung juga boleh berkunjung ke Ubud Market, Ubud Monkey Forest, Kolam Air Panas Tampak Siring, Ceking Tegallalang dan Gunun Batur. The Kayon Resort by Pramana juga menyediakan pakej bulan madu selain ruang khas untuk mengadakan majlis perkahwinan. Paling penting, hotel ini hanya membenarkan tetamu dewasa sahaja! Jika ada yang merancang untuk berbulan madu selepas pandemik, hotel ini boleh dimasukkan dalam senarai anda. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!