suria

Cabar adrenalin, nak santai-santai pun boleh! Ini 7 tarikan mesra muslim di Australia Barat

Aktiviti terjunan zipline merupakan salah satu tarikan di sana. Foto: Instagram Zipclimbperth.

PERJALANAN lima jam dari Kuala Lumpur ke Australia Barat langsung tidak terasa sejurus anda menjejakkan kaki ke destinasi libur popular itu.

Selain tarikan flora dan fauna, Australia Barat juga kaya dengan pelbagai tarikan mesra muslim, sekali gus menjadikan ia destinasi terbaik buat sesiapa yang mahu ke sana.

Berikut mStar kongsikan tujuh lokasi serta aktiviti yang wajib anda rasai sekiranya berkunjung ke sana.

2 Fremantle 2

Antara lokasi wajib dikunjungi peminat seafood. Foto: Instagram Cicerello's Fremantle.

1. Fremantle

Berjalan-jalan di sekitar Fremantle bagaikan membawa anda ke dunia berbeza. Segalanya cukup nyaman, tenang dan perlahan.

Antara yang menarik untuk dikunjungi tentunya Fremantle Markets, sebuah pasar lama yang dibina pada tahun 1987. Bukan sedakar menjual aneka pakaian dan makanan, ia juga memberi peluang buat anda menerokai sejarah dan tradisi tempatan.

1 fremantle

Pasar ini menawarkan aneka buah-buahan, makanan dan macam-macam lagi. Foto: Fremantle Markets.

Sekitar beberapa minit perjalanan dari pasar itu, anda akan tiba ke Fremantle Fishing Boat Harbour, lokasi indah dengan panorama laut dan lambakan kapal pelbagai saiz sedang berlabuh.

Bagaikan tidak lengkap kunjungan ke Fremantle sekiranya tidak menjamu selera di Cicerello’s, sebuah restoran yang menawarkan seleksi makanan laut segar dan menyelerakan.

Email: [email protected]

Laman web: https://www.cicerellos.com.au/

Facebook: https://www.facebook.com/CicerellosFremantle/

Instagram: @Cicerellos

3 Zip Line

Aktiviti terjunan zipline yang merentasi Swan River.

2. Matagarup Bridge Zip+Climb

Bagi yang gemar aktiviti lasak dan tidak gentar untuk mencabar adrenalin, anda wajib rasai sendiri pengalaman zip line sejauh 400 meter merentasi Swan River.

Sebelum melakukan terjunan merentasi sungai pada kelajuan 75 kilometer sejam, anda juga perlu memanjat struktur besi setinggi 72 meter.

zipline2

Pengunjung perlu mendaki stuktur besi setinggi 72 meter sebelum melakukan terjunan zipline.

Mereka yang fobia dengan ketinggian tidak perlu risau kerana segala ketakutan pasti akan hilang sejurus anda berada di puncak untuk menikmati panorama indah 360 darjah dari platfrom SkyView.

Email: [email protected]

Laman web: www.zipclimb.com.au

Facebook: @zipclimbperth

Instagram: @zipclimbperth

4 Busselton

Kereta api yang membawa pengunjung merentasi laut di Busselton Jetty.

3. Busselton Jetty & Underwater Obervatory

Bagi yang mahu bersantai-santai, perjananan menaiki kereta api di Bussleton Jetty merupakan aktiviti yang wajib anda lakukan.

Perjalanan kira-kira 1.7 kilometer (km) merentasi jeti klasik itu akan membawa anda ke Underwater Obervatory, struktur konkrit dengan tingkap kaca yang dibina sehingga ke dasar laut. Lebih menarik, ia merupakan salah satu daripada enam Underwater Observatory yang terdapat di seluruh dunia.

bussleton 2

Orang ramai tidak melepaskan peluang meninjau hidupan laut di Underwater Obervatory ini.

Menuruni anak tangga untuk ke bahagian bawah struktur itu, anda berpeluang melihat lebih 300 spesies marin yang bebas berenang di dalam lautan, malah pengalaman itu seolah-olah membawa anda ke dunia yang berbeza.

Email: [email protected]

Laman web: http://www.busseltonjetty.com.au

Facebook: @busseltonjetty

Instagram: @busseltonjettyofficial

cape to cape

Antara lokasi menarik untuk hiking sambil menyaksikan panorama laut biru.

4. Cape to Cape Walk

Meneroka pinggir laut dengan binaan batuan semula jadi di sepanjang Smiths Beach menjanjikan pengalaman yang sukar dilupakan buat pengunjung.

Trek perjalanan Cape to Cape sejauh 123km bakal membawa anda menelusuri panorama laut biru yang menakjubkan sambil menyelami geologi lokasi itu.

IMG_4698

Lokasi insta-worthy ini wajib anda kunjungi sekiranya berpeluang datang ke Australia.

Jika bertuah, anda juga dapat mendekati haiwan-haiwan yang terdapat di sekitar trek berkenaan.

Email: [email protected]

Laman web: www.capetocapetours.com.au

Facebook: @CapetoCapeExplorerTours

Instagram: @capetocapeexplorertours

IMG-4480

Suasana di atas kapal ketika mengikuti pelayaran di Mandurah.

5. Mandurah Cruises

Aktiviti pelayaran ini akan membawa anda menerokai lautan yang tenang dengan panorama indah di sekelilingnya. Paling menarik, anda juga boleh melihat ikan lumba-lumba yang sesekali muncul di permukaan air.

Menerusi pelayaran ini, anda bukan sahaja berpeluang menikmati makanan laut segar, malah boleh melihat sendiri bagaimana lobster ditangkap sebelum dibawa naik ke atas kapal.

mandurah1

Lobster segar yang ditangkap akan diukur terlebih dahulu sebelum ia disajikan buat tetamu.

Selain menikmati lobster secara mentah, anda juga akan dihidangkan lobster yang dimasak di atas kapal, di samping menu-menu lain yang tidak kurang hebatnya.

Email: [email protected]

Laman web: www.mandurahcruises.com.au

Facebook: @MandurahCruises

Twitter: @MandurahCruises

Instagram: @MandurahCruises

curise

Bukan sekadar disajikan pemandangan indah, kru kapal juga memberi layanan cukup istimewa buat setiap pengjunjung yang hadir.

6. Melting Pot Glass Studio

Kunjungan santai ke bengkel ini membolehkan kita melihat sendiri dengan lebih dekat bagaimana kraf barangan kaca dihasilkan oleh penduduk tempatan.

glass2

Lihat sendiri bagaimana kraf kaca dihasilkan di Melting Pot Glass Studio.

Bertempat di bengkel kecil dalam suasana ala kampung, pengunjung akan dipertontonkan demonstrasi awal hingga akhir bagaimana kraf itu dihasilkan.

Pengunjung juga boleh melihat kraf-kraf yang tersusun rapi di sekitar bengkel itu. Jika ada yang berkenan, bolehlah beli untuk untuk dibawa pulang.

glass

Antara kraf menarik yang dipamerkan untuk jualan.

Email: [email protected]

Laman web: www.meltingpotglass.com/

Facebook: @meltingpotglass

Instagram: @meltingpotglassstudio

7. Olio Bello

Olio Bello merupakan salah satu pengeluar minyak zaitun terbaik di Australia. Produk organik yang telah memenangi anugerah itu diperbuat daripada zaitun berkualiti premium yang dipetik dan diproses sendiri.

Selain malihat proses pembuatan minyak zaitun, Olio Bello juga menjemput pelawat untuk merasai keindahan alam yang masih terpelihara di sekitar lokasi itu.

olio belo

Antrara produk berasaskan minyak zaitun yang dihasilkan. Foto: Instagram Olio Bello.

Malah, anda juga boleh membeli-belah pelbagai produk organik seperti minyak zaitun, serbuk teh serta sabun dan krim tangan berasaskan zaitun.

Email: [email protected]

Laman web: www.oliobello.com

Facebook: @OlioBelloOliveOil

Twitter: @OlioBello

Instagram: @oliobello

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain