BERBAKI kurang tiga hari dari sekarang, kita bakal melangkah ke tahun 2023. Semestinya ramai yang masih sedang berkira-kira membuat perancangan untuk mengira detik ambang tahun baru bersama keluarga atau insan tersayang. Jika tahun-tahun sebelum ini anda biasa menyambut tahun baharu di dataran atau lokasi yang sama, nah, apa kata tahun ini anda raikan tahun baru di Lexis Hibiscus Port Dickson. Untuk makluman, Lexis Hibiscus Port Dickson akan menganjurkan acara 'countdown' dan Karnival Pantai Ambang Tahun Baharu pada 31 Disember 2022. Bukan sahaja bersaksikan lautan yang terbentang indah, pengunjung bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik dalam suasana karnival pantai. Menurut Presiden Kumpulan Hotel Lexis, Mandy Chew Siok Cheng, pantai resort Lexis Hibiscus akan diubah menjadi karnival pantai, sekaligus akan meninggalkan kenangan manis kepada para pengunjung. ARTIKEL BERKAITAN: Wah, malam pun buka! Ada sebab mengapa Sunway Lagoon Night Park menarik untuk bercuti "Pandemik menjejaskan kehidupan sosial kita semua sejak beberapa tahun lepas kerana pelaksanaan sekatan perjalanan. "Sambutan tahun baharu ini adalah ganjaran kepada tetamu daripada kami yang mahu menikmati sambutan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan," katanya. Senarai acara dan pakej yang ditawarkan sempena sambutan tahun baharu di Lexis Hibiscus Port Dickson. Bermula pukul 5 petang, pelbagai acara menakjubkan akan disajikan buat pengunjung seperti: 1) Keluarga dan anak-anak boleh menyertai permainan karnival yang menyeronokkan dan dengan haiwan ternakan di 'petting zoo' 2) Menikmati makan malam Bufet BBQ Antarabangsa yang enak di pantai beserta hidangan pembuka selera dan pencuci mulut 3) Persembahan muzik secara langsung dengan DJ yang memutarkan lagu terhangat 4) Tonton filem bersama yang tersayang di bawah bintang di outdoor cinema 5) Pertunjukan api yang menakjubkan 6) Pertunjukan bunga api yang memukau pada kemuncak acara 7) Hiburan langsung, hadiah cabutan bertuah dan banyak lagi Karnival Funtastic Countdown adalah sebahagian daripada pakej percutian 'countdown' untuk para tetamu yang berlangsung dari 31 Disember 2022 hingga 1 Januari 2023 yang berharga RM1,300; atau pakej untuk 30 Disember 2022 hingga 1 Januari 2023 atau 31 Dis hingga 2 Januari 2023, berharga RM2,600. Pakej adalah termasuk: 1) Jenis bilik pilihan dengan akses ke kolam renang peribadi dan bilik wap 2) Sarapan pagi 3) Makan malam bufet BBQ antarabangsa di pantai 4) Akses ke Funtastic Countdown Carnival 5) Beg cenderahati dengan barangan yang menarik dan barangan edisi terhad yang eksklusif Ayuh, tunggu apa lagi? Pastikan anda tidak terlepas meraikan sambutan tahun baru penuh bermakna bersama yang tersayang di Lexis Hibiscus Port Dickson. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI