KEDENGARAN tidak masuk akal, namun aktiviti berbogel di tempat terbuka mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Maka tidak hairanlah pantai-pantai bogel di negara seperti Sepanyol, Brazil dan Itali menjadi pilihan segelintir individu untuk pergi bercuti. Mungkin ramai yang belum tahu, negara Thailand juga mempunyai pantai bogel yang semakin dikenali dalam kalangan penggemar aktiviti itu. Berikut merupakan senarai lima pantai bogel di Thailand: 1. Pantai Nui Pantai ini terletak 51 kilometer (km) dari Lapangan Terbang Phuket. Tarikannya merangkumi kawasan teluk tersembunyi yang menawarkan ruangan privasi buat pengunjung. Pantai ini juga sesuai untuk aktiviti berkayak dan meluncur. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di kawasan pantai. Lokasi pantai bogel ini boleh diakses dengan pacuan empat roda atau basikal quad kerana jalan yang menuju ke pantai hanyalah batu kelikir. Jika pengunjung ingin menjimatkan masa berulang-alik dari bilik hotel dan pantai, mereka boleh mendaftar masuk ke Lemon Tree Resort yang terletak hanya beberapa meter dari pantai bogel itu. 2. Pantai Mai Khao Hanya terletak 7km dari Lapangan Terbang Phuket, pantai ini sememangnya mudah diakses melalui jalan raya. Ia merupakan salah satu pantai bogel terpanjang di Thailand. Malah, ia juga merupakan antara pantai yang belum dirosakkan dengan arus kemodenan dan menawarkan tarikan alam semula jadi yang terbaik buat pengunjung. Mai Khao dianggap sebagai destinasi percutian tenang dan disebut-sebut sebagai pantai bogel terbaik dunia di Thailand. 3. Pantai Big Buddha Walaupun pantai ini tidak tersenarai secara rasmi sebagai pantai bogel, ramai pelancong suka berjalan dan berenang dalam keadaan tanpa seurat benang di lokasi itu. Panorama memukau yang menggamit kehadiran pelancong. Ia terletak di pantai barat Koh Phra dan menghadap ke Laut Andaman. Pantai ini agak terpencil dan terbentang lebih 10 kilometer. 4. Pantai Leela Untuk tiba ke lokasi ini, pelancong boleh mengambil penerbangan dari Koh Samui dan menaiki bas atau feri ke daerah Koh Phangan. Ia merupakan sebuah lagi pantai bogel tidak rasmi di Thailand, yang mana pelancong boleh menghabiskan beberapa jam untuk berjemur tanpa seurat benang. Terdapat beberapa banglo yang menghiasi pantai jika pengunjung memutuskan untuk bermalam di sekitar pantai bogel ini. Sebagai peringatan, perbuatan berbogel di hadapan khalayak ditegah dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya. Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, membuka aurat dalam keadaan berseorangan juga haram jika tiada keperluan atau hajat tertentu. Namun, hukummnya menjadi harus jika ada keperluan seperti seseorang itu ingin melakukan qadha hajat, mandi, tabarrud (mengilangkan suasana panas), berubat, dan menukar pakaian. - Travel Triangle. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube