suria

Sakan borong ole-ole di Jepun... Ini antara coklat, snek terkandung bahan dilarang syarak

Banyak destinasi menarik yang boleh dilawati di Jepun.

JEPUN bukan sahaja sinonim dengan pemandangan yang memukau atau budaya yang unik, malah makanannya juga amat mengiurkan.

Bagi pencinta manisan, negara matahari terbit ini merupakan syurga coklat dan sesuai untuk dijadikan buah tangan sebelum dibawa pulang ke tanah air dan diberikan kepada rakan atau ahli keluarga.

Walaupun begitu, seseorang itu perlulah berhati-hati kerana coklat di Jepun tidak semuanya halal dan sesetengahnya mempunyai kandungan bahan yang melanggar hukum syarak.

Melalui satu hantaran di laman Instagram oleh @smartway.tours, ada dikongsikan beberapa jenama coklat di Jepun yang perlu dihindari umat Islam.

Ayuh kita ambil maklum supaya tidak tersalah membeli.

1) Coklat KitKat yang dihasilkan di Jepun

Jenama yang sudah tidak asing lagi pada masyarakat dunia, namun KitKat keluaran Jepun ini dikatakan mengandungi emulsifier dan lemak bakeri (shortening) daripada khinzir.

2) Choco Pie

Intinya sungguh berkrim, tetapi awas kerana coklat yang dikeluarkan di Jepun ini dikatakan mempunyai gelatin berasaskan khinzir.

3) Boubon Rumando Cookie Crepe

Meskipun rangup untuk dijamah, produk ini mengandungi alkohol yang dilarang dalam Islam.

4) Mini Angel Pie

Lelehan coklatnya sungguh menguji keimanan, namun manisan ini mempunyai marshmallow yang terkandung gelatin daripada sumber khinzir.

Mengakhiri perkongsian, sebelum membeli sebarang makanan yang diragui di Jepun, pastikan untuk membuat pemeriksaan dalam aplikasi yang disediakan jabatan agama Islam di sana.

Semoga bermanfaat! - smartway.tours

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain