MEMUDAHKAN urusan orang lain dalam segenap hal merupakan salah satu amalan baik yang dituntut. Umum mengetahui petugas bidang perkhidmatan perlu menghadapi pelbagai ragam pelanggan dalam pekerjaan harian mereka. Melalui satu hantaran di laman TikTok, seorang pemuda yang berpengalaman dalam industri hospitaliti berkongsikan pesanan kepada pengunjung hotel. Menurut pemuda itu, nasihat yang diberikan itu, sekiranya diamalkan akan menggembirakan staf terutamanya pekerja pembersihan di hotel. Keringat dikerah untuk membersihkan sesebuah bilik hotel. -Gambar hiasan Daftar keluar (check out) Menjadi kebiasaan untuk pengunjung meninggalkan bilik penginapan dalam keadaan yang 'bermaruah' sebelum beransur pulang. Namun ternyata kelaziman itu menyebabkan lebih banyak kesulitan berbanding manfaatnya. "Ramai orang kita yang rajin pergi kemas katil sebelum check out, ini sebenarnya satu kesilapan. "Kalau betul nak memudahkan pekerja housekeeping, tanggalkan kesemua kain, selimut, cadar dan sarung bantal. Kemudian longgokkan di atas lantai. "Kerana sebagai staf pembersihan hotel, memang prosedur kami untuk tukar baharu segala aksesori yang di atas katil tu. Kalau semua dah ditanggalkan, mudah kerja kami, hanya tinggal kutip je. "Kami cukup suka kalau ada pengunjung hotel buat macam ni. Lagi best jika mereka bermurah hati tinggalkan tips wang tunai," jelas pemuda tersebut secara berseloroh. Maklum balas "Baru tahu cara yang betul macam tu, saya ni duduk rajin la bersihkan bilik hotel bagi kemas sebelum check out sebab takut dicop pemalas. "Baiklah lepas ni saya akan jadi ganas dan cabut apa yang patut dekat katil tu," demikian kata sebahagian warga maya. - Karang Timur Hotel Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube