JIKA bercakap mengenai destinasi percutian di Thailand, pasti ramai yang terbayangkan Phuket, Krabi atau Bangkok. Namun tahukah anda, terdapat satu lagi destinasi yang menjadi pilihan komuniti pelancong namun underrated ketika ini iaitu Chiang Mai. Secara ringkas, Chiang Mai adalah kawasan pergunungan indah yang terletak di utara Thailand dengan pelbagai tinggalan sejarah seperti kuil-kuil. Kini peluang terbuka untuk anda menjejakkan kaki ke kota yang memukau ini apabila semakin banyak penerbangan terus dibuka dari Kuala Lumpur ke Chiang Mai. Usah pening kepala memikirkan itinerari perjalanan di sana termasuk tempat penginapan kerana platform sewaan bilik atau rumah ada menyediakan panduan lengkap untuk anda. Ayuh kita lihat tujuh cadangan penginapan Airbnb di Chiang Mai yang dijamin membuatkan anda berasa seperti di 'syurga' dunia. Bermewah-mewahan bersama alam semula jadi. 1) Dala Ping River House Vila ini memaparkan gabungan kemodenan bandar dengan ketenangan alam semula jadi. Lokasinya terletak di sekitar Sungai Ping, ia bukan sahaja menawarkan penginapan yang santai dengan kolam renang peribadi, malah terletak hanya beberapa saat dari Thapae Gate dan Nimmanhaemin! Kehijaun yang mampu mengubati jiwa. 2) Baan Nimman Garden Villa Menawarkan penginapan gaya kontemporari ‘Lanna’ iaitu dikelilingi kehijauan, sesuai untuk mereka yang ingin menginap berhampiran dengan kawasan tarikan pelancong. Lokasi tepat bagi menenangkan fikiran. 3) Enchanting Treehouse Terletak di tengah-tengah hutan rimba, sangat sempurna untuk anda beristirahat dan 'relax'. Nikmatilah pemandangan indah dari balkoni sambil menghayati bunyi aliran air sungai yang menenangkan jiwa. Ia terletak berhampiran sebuah kampung yang dikelilingi alam semula jadi menjadikannya destinasi ideal untuk menyegarkan minda dan badan anda. Suasana perkampungan yang mendamaikan. 4) Lana House Rumah penginapanan gaya ‘Lanna’ Thai ini terletak di tengah-tengah kehijauan Chiang Mai. Ia memaparkan satu taman bunga yang luas dengan suasana yang cantik dan tenteram. Pisahkan diri sebentar daripada dunia kemodenan. 5) Traditional House Rumah kayu ini menawarkan pemandangan gunung yang mempesona. Ia bukan sahaja dikelilingi hutan buluh dan pepohon jati, tetapi juga terletak berhampiran dengan mata air panas. Pemandangan indah dari keselesaan katil anda. 6) The Duplex Melambangkan kemewahan moden, ia adalah secocok untuk mereka yang menggemari reka bentuk kontemporari, Vila ini memaparkan panorama kuil-kuil indah dan pergunungan Doi Suthep, lengkap dengan gaya industri minimalis dan balkoni untuk menghayati matahari terbenam. 7) Maya Green Terletak berhampiran dengan bandar namun dikelilingi persekitaran yang damai, vila ini menyatukan unsur kemodenan dan perkampungan yang unik. Ia dilengkapi sebuah kolam renang air masin dan taman tropika, sekali gus menawarkan satu tempat beristirahat yang sempurna selepas anda menerokai tarikan-tarikan menarik berdekatan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube