suria

Attana Hotels & Resort raih 6 anugerah, bukti perkhidmatan luar biasa

AHR merangkul enam anugerah di Majlis Anugerah Industri Pelancongan 2024.

ATTANA Hotels & Resorts Sdn Bhd (AHR) meraih kejayaan luar biasa apabila merangkul enam anugerah di Majlis Anugerah Industri Pelancongan 2024, 26 Julai lalu.

Anugerah ini mengiktiraf AHR, anak syarikat hospitaliti Permodalan Nasional Berhad (PNB), atas kemudahan yang cemerlang dan standard perkhidmatan luar biasa.

Menurut Ketua Pegawai Operasi AHR, Ron Hasni Yusoff, pihaknya gembira dengan pengiktirafan itu, sekali gus menjadi bukti usaha keras dalam memberikan hospitaliti terbaik buat pelanggan.

Tambahnya, anugerah itu bukan sahaja mengiktiraf AHR sebagai kumpulan hotel kontemporari terkemuka, pengendali resort dan penyedia kelab golf tetapi juga menunjukkan komitmennya untuk meningkatkan pengalaman tetamu.

"Kami benar-benar gembira dan berbesar hati untuk menerima pengesahan daripada pakar industri dan tetamu yang merasai pengalaman bersama hartanah kami.

"Ia adalah bukti keupayaan kami bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi penginapan kelas atas, menawarkan hospitaliti terbaik, perkhidmatan dan tempat makan terbaik secara bertanggungjawab daripada segi ekologi," ujarnya.

Berikut merupakan anugerah yang diterima:

1. Attana Hotels & Resorts (AHR) - Pengurusan Hotel & Hartanah Terbaik

2. Perdana Kuala Lumpur City Centre (PKLCC) - Hotel Bandar Keluarga Terbaik

3. Perdana Kota Bharu (PKB) - Hotel Terbaik Bandar di Pantai Timur

4. Espira Kinrara (EK) – Hotel Perniagaan 3 Bintang Terbaik

5. Villea Port Dickson (VPD) - Resort Mesra Alam Terbaik

6. Kota Seriemas Golf & Country Club (KSGCC) – Lokasi Golf Terbaik

Selain itu, Ron Hasni berkata anugerah itu menggalakkan kumpulan hospitaliti, yang menguruskan portfolio hotel & resort, dan kelab golf bernilai lebih RM800 juta, untuk meningkatkan lagi tahap perkhidmatannya kepada pelanggan, terutamanya dalam usaha kami untuk mengutamakan kemampanan di bawah program tanggungjawab sosial kumpulan, Sayang Earth.

Anugerah itu dianjurkan oleh Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITDA), Majalah Santai Travel, dan Persatuan Fesyen, Persatuan Fesyen, Pemodelan dan Pageant Malaysia (MFMPA).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain