suria

4 aktiviti ‘best’ di Jepun, paling unik pelancong jamu selera sambil tonton perlawanan sumo

Pelancong boleh menjamu selera sambil menyaksikan perlawanan sumo di The Sumo Hall Hirazuka Osaka.

BUDAYA Jepun sebenarnya cukup dekat dengan rakyat Malaysia.

Mana tidaknya, sejak kecil lagi kita disajikan dengan siri anime serta manga yang dihasilkan oleh mereka.

Jepun juga sebenarnya merupakan salah satu destinasi mesra Muslim yang patut anda kunjungi kerana pelbagai tarikan yang ada di sana.

Menerusi perkongsian kali ini, mStar akan senaraikan empat lokasi atau aktiviti yang boleh anda lakukan di negara matahari terbit itu.

1. Sumo di Osaka

The Sumo Hall Hirazuka Osaka adalah tempat hiburan baharu yang didedikasikan untuk sumo.

Ia menawarkan pengalaman unik di mana pelawat boleh menonton persembahan oleh bekas ahli sumo profesional, menikmati hidangan bento dengan pilihan halal, vegan, dan premium, dan juga menyertai aktiviti sumo.

Dewan ini menyediakan gelanggang sumo bersaiz penuh, termasuk ciri-ciri seperti video, pencahayaan, dan bunyi untuk mencipta persembahan yang menarik.

unnamed

Pencinta kucing wajib singgah ke Muzium Maneki Neko di Okayama sekiranya mereka melancong ke Jepun.

Persembahan dijalankan dalam bahasa Inggeris dan membolehkan penonton menghayati dengan baik tentang sejarah dan teknik sumo.

Ia terletak di kawasan Namba di Osaka, sesuai untuk mereka yang ingin membeli cenderamata untuk rakan dan keluarga.

2. Kucing di Okayama

Muzium Maneki Neko di Okayama didedikasikan kepada patung “kucing mengundang” atau “Maneki Neko” yang terkenal, yang dipercayai membawa tuah.

Pelawat boleh belajar tentang sejarah dan kepentingan budaya Maneki Neko.

Okayama menawarkan pelbagai makanan halal dan kemudahan mesra Muslim, sekali gus menjadikan ia destinasi ideal untuk pelancong beragama Islam.

3. Kolam air panas di Hitoyoshi

Bandar Hitoyoshi adalah bandar terpencil di Wilayah Kumamoto yang terletak di Pulau Kyushu.

Hirakuza Halal Bento

Pelbagai sajian halal mudah didapati di Jepun.

Di sini terdapat satu-satunya ryokan (penginapan tradisional Jepun) yang disahkan halal yang terletak di tepi Sungai Kuma, menawarkan suasana resort gaya Jepun yang autentik.

Ryokan Ayunosato telah memperolehi pensijilan halal pada tahun 2019 dan menyambut tetamu Muslim dengan hidangan khas mereka di mana pelancong boleh menikmati daging Wagyu halal Hitoyoshi yang segar.

4. Jamu selera di Kagoshima

Dengan konsep "satu meja" di mana orang dari pelbagai asal usul dan kepercayaan boleh berkongsi ruang untuk makan, Chabuya Kareido yang terletak di Wilayah Kagoshima adalah destinasi wajib dikunjungi oleh pelancong Muslim yang ingin mencuba daging “cutlet” goreng Jepun yang terkenal.

Kari Kiwami Katsu mereka diperbuat daripada daging lembu tempatan yang disahkan halal dan disajikan dengan nasi.

Restoran ini juga menawarkan pilihan vegan dan menggunakan campuran rempah dan sayuran unik untuk menonjolkan rasa kari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain