suria

Cara pandu kereta sendiri masuk ke Hatyai, 4 tip ini elak diri anda daripada disaman

Ramai rakyat Malaysia gemar melancong ke Thailand kerana jaraknya yang dekat. -Gambar hiasan

HATYAI, Thailand merupakan destinasi pelancongan serta syurga makanan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Jaraknya yang dekat membolehkan rakyat negara ini berkunjung ke sana dengan menggunakan pengangkutan darat sahaja.

Selain kereta api, bas serta van pelancongan, ramai juga dalam kalangan kita yang memilih untuk ke sana dengan kenderaan sendiri.

Insurans

Namun, anda haruslah mendapatkan insurans kenderaan sebelum memasuki sempadan Thailand.

Urusan untuk membeli insurans kenderaan boleh dibuat secara dalam talian, contohnya menerusi laman sesawang www.gothai.my.

thailand 03

Kehadiran kenderaan dari Malaysia di Thailand merupakan satu situasi yang biasa dilihat. -Gambar hiasan

Anda boleh menghubungi ejen insuran melalui WhatsApp dan mereka akan meminta maklumat seperti salinan geran kenderaan dan pasport pemandu serta semua penumpang.

Mereka juga akan meminta maklumat mengenai model dan warna kenderaan, jumlah pelancong, tarikh masuk dan keluar serta pintu masuk (border gate).

Pihak ejen akan membantu anda untuk mengisi borang dan insurans boleh diambil sebelum memasuki sempadan.

Urusan mengambil insurans boleh dibuat secara pandu lalu sahaja.

Namun, periksa dahulu semua dokumen yang diberikan sebelum anda meneruskan perjalanan.

thailand 01

Thailand dianggap sebagai syurga makanan. -Gambar hiasan

Jangan lupa isi minyak kenderaan sehingga penuh sebelum masuk ke Thailand kerana harga minyak di sana lebih mahal berbanding Malaysia.

Selepas itu, anda akan melalui pemeriksaan kastam dan imigresen.

Saman

Dalam pada itu, akaun TikTok PaiThai.my turut berkongsi empat tip agar anda tidak disaman ketika memandu di Thailand.

1. Jangan letak kereta pada kiri dan kanan jalan yang ada garisan merah putih.

2. Jangan letak kereta secara lawan arus.

3. Pandu kereta mengikut had laju kawasan.

4. Ikut sistem yang ditetapkan sama ada parking hari genap atau ganjil.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain