suria

Singgah 11 lokasi ini kalau ke Samarkand... Makam Imam Bukhari, Kusam Ibn Abbas dan gua Nabi Daud wajib ziarah

Orang ramai yang ingin ke gua Nabi Daud perlu mendaki kira-kira 2,000 anak tangga di Samarkand.

BERPELUANG menjejakkan kaki ke Uzbekistan tentu akan membuka peluang para pengembara untuk meneroka dan melihat betapa hebatnya perkembangan Islam di bekas negara tanah jajahan Soviet Union ini.

Tiga bandar utama dan terbesar yang menjadi tumpuan pelancong di negara itu ialah ibu kotanya Tashkent, Samarkand dan Bukhara.

Sebenarnya banyak tempat menarik yang mempunyai nilai sejarah Islam yang tinggi di Uzbekistan namun dalam artikel ini, ketahuilah kehebatan Samarkand, sebuah kota tertua di Asia Tengah, terkenal dengan kepentingan sejarahnya, seni bina Islam yang menakjubkan, dan kaya dengan budaya.

Chorsu Bazaar di Tashkent

Buah-buahan segar antara tarikan kalau ke Uzbekistan. Terliur jadinya.

Terletak di sepanjang Laluan Sutera purba, bandar ini adalah khazanah monumen indah terdiri daripada masjid, dan madrasah yang membawa pelancong kembali ke zaman Amir Temur, pejuang Islam yang menakluk kota ini.

Ia terletak kira-kira 300 kilometer dari Tashkent yang boleh dikunjungi dengan bas, kapal terbang atau pun menaiki kereta api.

Dataran Registan

Ia bukan sahaja merupakan mercu tanda paling terkenal di Samarkand tetapi sering dianggap sebagai salah satu nilai seni bina terhebat dunia Islam. Nama Registan bermaksud “tempat berpasir” dalam bahasa Parsi, yang mencerminkan sejarahnya sebagai dataran awam di mana orang ramai berkumpul untuk pelbagai acara, jual beli, dan pengisytiharan diraja. Lama kelamaan, ia berkembang menjadi ruang monumen yang dihiasi dengan beberapa bangunan paling indah yang pernah dibina.

Shohi zinda

Kompleks Shah-i-Zinda yang menempatkan makam termasuk sepupu Rasulullah, Kusam Ibn Abbas.

Dataran ini dikelilingi oleh tiga madrasah, masing-masing mempunyai gaya seni bina dan seni yang unik yang menyerlahkan keindahan reka bentuk Islam pada era pemerintahan Amir Temur. Madrasah ini dibina pada abad ke-15 dan ke-17, mampu memukau pelancong dengan seni bina yang menarik. Dataran ini diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

ARTIKEL BERKAITAN: Bosan asyik ke Tokyo, apa kata rancang perjalanan ke Nagano... Lelaki ini kongsi kos mengembara secara solo

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia tersenarai dalam top 5 ‘syurga makanan’ di Asia, rakyat Singapura peminat terbesar

Terdapat tiga madrasah di Dataran Registan ini ialtu Madrasah Ulugh Beg (1417-1420) yang dibina oleh Ulugh Beg, cucu Amir Temur iaitu seorang sarjana dan ahli astronomi yang hebat. Bersebelahannya pula ialah Madrasah Sher-Dor (1619-1636) dan Madrasah Tillya-Kori (1646-1660).

Kompleks Makan Amir Temur

Kompleks makam Amir Temur yang menyaksikan senibina cantik dan menawan.

Walaupun kemegahan Dataran Registan sangat memukau pada waktu siang, mengunjunginya pada waktu malam adalah pengalaman yang menarik. Ketiga-tiga madrasah ini diterangi dengan cahaya lembut, memancarkan sinar misteri di seluruh dataran. Pelancong dapat menikmati pertunjukan cahaya dan persembahan bagi meraikan sejarah dan budaya Uzbekistan yang kaya, membuatkan lawatan waktu malam ke Registan mencatat kenangan terindah yang sukar dilupakan.

Makam Amir Temur

Makam ini ialah tempat persemadian Amir Temur, pahlawan yang membina Timurid dengan sifat dan keberaniannya dalam mengembangkan ajaran Islam. Dengan keindahan kubah birunya dan seni mozaik yang halus, ia merupakan salah satu contoh terbaik seni binanya.

Kompleks Imam al-Bukhairi turut mempunyai masjid dan pusaranya yang kini dalam proses pengubahsuaian.

Kompleks Imam Al-Bukhari yang turut menempatkan makamnya, menjadi tumpuan orang ramai.

Amir Temur, juga dikenali sebagai Timur atau Tamerlane (1336–1405), ialah seorang penakluk Turco-Mongol, pengasas Empayar Timurid, yang merentasi Asia Tengah, Iran, dan sebahagian Asia Selatan. Beliau bangkit berkuasa dengan menyatukan pelbagai puak Turki dan Mongol. Amir Temur terkenal dengan kempen ketenteraan yang meninggalkan kesan berkekalan di Timur Tengah, Asia Tengah, dan juga sebahagian Eropah.

Masjid Bibi Khanum

Masjid ini dibina pada abad ke-14, merupakan salah satu masjid terbesar di dunia pada zamannya. Kini, ia masih memukau dengan struktur dan seni bina yang mengagumkan. Dibina antara 1399 dan 1404, ia adalah salah satu masjid yang runtuh selama berabad-abad sebelum gempa bumi 1897. Jika diterjemahkan, ia bermaksud “puteri kanan”, sempena nama isteri tercinta pahlawan Amir Temur.

Bibi Honum Maqbarasi

Makam Bibi Khanum

Kompleks Shah-i-Zinda

Kompleks makam ini dianggap suci dan menampilkan deretan makam-makam yang dihiasi dengan jubin berwarna-warni. Setiap makam menceritakan sejarah yang berbeza dan menawarkan pandangan mendalam ke dalam seni bina Islam purba.

Observatori Ulugh Beg

Kepercayaan terhadap bintang telah wujud sejak sekian lama dan raja-raja terdahulu melihat bintang bagi mentafsir sesuatu perkara. Observatori ini dibina pada abad ke-15 oleh Ulugh Beg, seorang ahli astronomi dan penguasa terkenal yang juga cucu kepada Amir Temur. Di sini, pengunjung boleh belajar tentang sumbangan penting yang dibuat oleh Ulugh Beg dalam bidang astronomi.

Bazar Siyob

Antara barangan yang dijual di Bazar Siyob seperti pakaian dan cenderamata.

Bazar Siyob

Nikmati suasana pasar tradisional di Bazar Siyob. Pasar ini terkenal dengan pelbagai jenis barangan seperti rempa-ratus, buah-buahan kering, roti tradisional, pakaian dan pelbagai jenis cenderamta yang boleh dibawa pulang. Dibenarkan tawar menawar di sini. Harga barangan di sini lebih murah berbanding jualan di bazar Chorsu di Tashkent.

Masjid Nabi Khidir

Terletak di kawasan tinggi dengan pemandangan indah, lokasi ini merupakan tempat penting bagi penduduk tempatan dan pelancong. Ia menawarkan pemandangan panorama kota Samarkand. Menurut kepercayaan, sorang imam telah bermimpi bertemu Nabi Khidir di sebuah bukit dan beliau akhirnya membuka sebuah masjdi di bukti itu sempena pemperingati mimpinya. Ada juga yang berkata, Nabi Khidir pernah singgah di masjid ini, lalu ia dinamakan masjid atas nama baginda.

Masjid Nabi Khidir

Masjid Nabi Khidir ini terletak di atas bukit yang akan menampakkan panorama kota Samarkand.

Makam Imam Al-Bukhari

Ulama dan penulis hadis yang menjadi panduan kita iaitu Imam Al-Bukhairi dilahirkan di Bukhara pada 21 Julai 810 dan meninggal dunia di Samarkand pada tahun 870. Jika ke kota ini, singgahlah ke pusara beliau yang banyak berjasa kepada umat Islam melalui hadis-hadis sahih yang dikarangnya.

Registon Samarqand (12)

Keindahan Dataran Registan pada waktu malam dengan sinaran cahaya lampu.

Sebagai memperingati kehebatan ulama ini, kerajaan Uzbekistan membina kompleks peringatan Imam Bukairi termasuk masjid baharu yang mampu memuatkan kira-kira 9,000 jemaaah serta membangunkan taman berlandskap dengan keluasan 4,400 meter persegi. Ia dijangka siap sepenuhnya pada 2025.

Makam Kusam Ibn Abbas

Di kompleks Shah-I-Zindah, terdapat juga pusara Kusam ibn Abbas, sepupu kepada baginda Rasulullah SAW. Beliau ialah pemimpin Islam yang syahid dan dikebumikan di Samarkand. Beliau dikatakan mempunyai karekter seperti watak dan akhklak mirip seperti Rasulullah.

Gua Nabi Daud yang mempunyai sejararah tersendiri

Pemandangan ke gua Nabi Daud.

Makam dan muzium Imam Abu Mansur al-Maturidi

Muzium Abu Mansur al-Maturidi di Samarkand, terletak berhampiran Dataran Registan, dibina di atas makam Abu Mansur al-Maturidi (870–944), seorang ahli usuludin Islam terkenal yang mahir dalam Fiqh dan penafsiran al-Quran. Dikebumikan di perkuburan Chokardiza, tapak ini juga menempatkan lebih 3,000 ahli usuluddin. Pada tahun 2000, sebuah kompleks baru dibina bagi memperingati beliau. Struktur ini dihiasi dengan kubah berkembar serta jubin biru dan batu marmar putih yang mengandungi kata-kata hikmah beliau.

Gua Nabi Daud

Bagi mereka yang memiliki stamina yang kuat, bolehlah mencuba untuk mengnjungi gua Nabi Daud dengan mendaki kira-kira 2,000 anak tangga. Dalam perjalanan ke gua ini, terdapat masjid purba yang membolehkan kita untuyk melakukan solat. Sepanjang ke gua ini, terdapat penduduk tempatan menjual pelbagai jenis makanan dan minuman serta cenderamata.

  • Penulis mengunjungi Samarkand atas undangan kerajaan Uzbekistan bagi membuat liputan Festival Antarabangsa Sharq Taronalari 2024.

Artikel Lain