suria

Teroka keunikan dan keindahan Borneo bersama Batik Air – Nikmati tambang menarik untuk pengembara!

Batik Air meliputi lebih 57 destinasi di 20 negara,, termasuk lima bandar utama di Sabah dan Sarawak, menghubungkan pengembara ke ‘hati’ Borneo.

ANDA bersedia untuk sebuah pengembaraan yang penuh memukau, kaya dengan budaya, dan dikelilingi keindahan alam semula jadi yang menakjubkan?

Jika ya, selamat datang ke Borneo, destinasi perjalanan wajib yang pastinya mencuri tumpuan pengembara, pencinta alam dan peminat budaya.

Syarikat penerbangan Batik Air komited untuk merealisasikan impian perjalanan anda menjadi kenyataan, memastikan pengembaraan ke Sabah dan Sarawak lebih mudah dan selesa.

Sebagai syarikat penerbangan yang kini meliputi lebih 57 destinasi di 20 negara, Batik Air menghubungkan lima bandar utama di Sabah dan Sarawak – Kuching, Bintulu, Sibu, Kota Kinabalu, dan Tawau – sekali gus membuktikan komitmennya untuk membawa pengembara ke 'hati' Borneo.

Ini diperkukuh lagi dengan pengumuman terkini mengenai pelancaran dua laluan terbaharu akan datang di Sandakan pada 1 Disember 2024 dan Miri pada 14 Januari 2025.

Sama ada anda mengembara secara santai atau atas urusan perniagaan, tentunya fleksibiliti, kebolehpercayaan dan keselesaan Batik Air menjadi pilihan utama untuk semua keperluan perjalanan anda.

Borneo adalah destinasi pelancongan terbaik untuk pengembara, pencinta alam dan peminat budaya.

Borneo adalah destinasi pelancongan terbaik untuk pengembara, pencinta alam dan peminat budaya.

Jelajah Borneo

Borneo merupakan khazanah biodiversiti dan warisan budaya. Dari hutan hujan yang subur dipenuhi dengan kehidupan liar hingga pasar tempatan yang dimeriahkan dengan koleksi kraftangan tradisional, setiap penjuru pulau ini mempunyai sesuatu luar biasa untuk ditawarkan.

Bayangkan menelusuri hutan tertua, melawat komuniti Orang Asli, atau menikmati keindahan panorama matahari terbenam di pantai yang memukau, kesemua pengalaman mengujakan ini boleh diperoleh menerusi penerbangan bersama Batik Air.

Selain kepelbagaian pengalaman yang ditawarkan di Borneo, syarikat penerbangan ini juga memastikan keselesaan maksimum untuk penumpangnya.

Bukan sekadar ruang kaki yang luas, pilihan tambang fleksibel dari kelas ekonomi hingga ke kelas perniagaan serta harga kompetitif turut menawarkan nilai luar biasa untuk perjalanan.

Untuk pengalaman perjalanan yang lengkap, tambang Economy Flexi adalah pilihan terbaik. Anda akan menikmati bagasi daftar masuk sebanyak 20kg (Domestik) atau 30kg (Antarabangsa), hidangan percuma dalam penerbangan, dan fleksibiliti menempah semula tanpa had secara percuma (dengan caj perbezaan tambang), serta pelbagai manfaat premium lain.

Bagi pengembara 'light-traveller', tambang Economy Super Saver sangat sesuai, di mana anda akan menikmati bagasi kabin 7kg.

Sementara itu, tambang Economy Value pula ideal untuk mereka yang mahukan manfaat bagasi daftar masuk, sekurang-kurangnya 10kg (Domestik) atau 20kg (Antarabangsa), serta percuma tempahan semula pertama kali (dengan caj perbezaan tambang).

Batik Air menawarkan lebih 20 pilihan menu, termasuk hidangan tempatan seperti nasi lemak, nasi ayam, nasi kandar, dan briyani kambing.

Pilihan vegetarian juga tersedia, memastikan setiap penumpang dapat menikmati hidangan yang memenuhi selera mereka.

Untuk hidangan ringan, penumpang juga boleh menikmati sajian dalam penerbangan seperti pizza ayam atau vegetarian, mufin coklat, karipap kentang atau ayam, mi cawan segera, kerepek kentang dan kacang campuran, serta pelbagai minuman. Anda boleh meninjau pilihan menu penuh di SINI.

Menu yang pelbagai ini dapat memastikan pilihan setiap penumpang dipenuhi, menjadikan perjalanan ini bukan sahaja selesa tetapi juga satu pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan.

Secara keseluruhannya, pendekatan syarikat penerbangan menyediakan perkhidmatan penuh membuktikan usahanya untuk memberikan pengalaman perjalanan lancar dan menyenangkan kepada pengembara tanpa kompromi kualiti atau keselesaan.

Untitled design - 1

Dengan Batik Air, anda boleh berkunjung ke destinasi seperti Pulau Sibuan, yang dikatakan antara pulau tercantik di Laut Celebes.

Mengubah kehidupan, hubungan budaya

Batik Air percaya setiap perjalanan harus menjadi pengalaman yang membuka minda dan memperkukuh hubungan budaya.

Dengan memudahkan akses ke Borneo, kami bukan sahaja mempromosikan pelancongan, malah memupuk pertukaran dan pemahaman budaya.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mencipta kenangan indah di pulau ketiga terbesar di dunia, hari ini!

Sahut panggilan pengembaraan ini dan Batik Air bersedia untuk membawa anda ke sana. Tempah tiket penerbangan anda hari ini di https://www.batikair.com dan bersiaplah untuk meneroka Borneo bersama Batik Air!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain