SELAIN membawa pasport antarabangsa, perkara penting yang perlu dilakukan setiap kali melancong adalah mengunci bagasi bagi melindungi barang-barang berharga sepanjang perjalanan. Kebanyakan bagasi moden ketika ini menggunakan sistem kod kombinasi, yang membolehkan pemilik menetapkan pin sendiri. Cara ini ternyata lebih mudah, berbanding kaedah lama seperti kunci mangga, tetapi cukup selamat. ARTIKEL BERKAITAN: Berderau darah pasport hilang ketika travel di luar negara... Bertenang, ini 7 langkah perlu anda ikut Namun, situasi terlupa kombinasi kod bagasi sering berlaku lebih-lebih lagi kepada mereka yang jarang-jarang 'travel'. Jika anda berdepan dengan situasi ini, jangan panik! Bagasi anda mungkin boleh dibuka dengan mengikuti tip seperti berikut: 1. Cari lubang di bawah setiap nombor. Pastikan lubang itu selari untuk setiap nombor 2. Alihkan setiap nombor ke kiri (ikut arah jam). Cuba satu-satu nombor. 3. Cuba unlock setiap kali selepas ubah satu set nombor. 4. Bagasi akan berjaya dibuka selepas beberapa kali cubaan mengalihkan setiap nombor ke kiri (ikut arah jam). Setelah berjaya membuka bagasi, pastikan untuk menetapkan kata laluan baru yang lebih mudah diingat atau buat catatan supaya anda tidak lupa lagi di masa depan. Semoga bermanfaat! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube