TAK lama lagi, musim cuti persekolahan akan bermula. Pasti ramai dalam kalangan kita mahu mengambil kesempatan tersebut untuk pergi melancong bersama keluarga tersayang. Dalam pada sedang rancak merancang percutian di luar negara, jangan lupa untuk memeriksa dokumen perjalanan paling penting, iaitu pasport. ARTIKEL BERKAITAN: Berderau darah pasport hilang ketika travel di luar negara... Bertenang, ini 7 langkah perlu anda ikut Jika pasport berbaki kurang enam bulan sebelum tarikh tamat tempoh ataupun sudah expired, bermakna anda perlu memperbaharuinya sebelum berlepas. Jangan gusar... jom ikuti panduan perbaharui pasport secara dalam talian sebagaimana perkongsian seorang pelayar Facebook, Wan Nurdiana: 1) Sediakan gambar ukuran pasport. Anda boleh pergi ke kedai gambar (diberi soft copy) atau hanya bergambar sendiri and edit. Kriteria penting - tudung perlu berwarna gelap, latar belakang wara putih, solekan natural, tidak memakai kanta lekap berwarna 2) Buka laman ini https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport - Muat naik gambar ukuran pasport - Masukkan data peribadi, lokasi pejabat imigresen untuk ambil pasport (pilih berdekatan lokasi anda) dan bayaran pasport (RM200) 3) Selepas hantar permohonan, tunggu emel kelulusan daripada Jabatan Imigresen. 4) Apabila lulus, cetak resit bayaran dan bawa ke pejabat imigresen yang anda sudah pilih. Oh ya, jangan lupa bawa pasport lama dan kad pengenalan anda. 5) Letakkan resit bayaran di dalam tray kaunter serahan pasport. Lazimnya tidak perlu ambil nombor giliran. 6) Biasanya pasport anda siap untuk dikutip dalam masa satu jam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube