suria

Keseronokan berganda! Alami pengalaman menakjubkan di Captain Quack Land Sunway Lagoon... Cuti sekolah, Krismas ala-ala ‘overseas’

Sunway Lagoon menawarkan keseronokan berganda menerusi ‘Captain Quack Land, A Night Park Experience’ sempena cuti sekolah dan sambutan Krismas.

MENJANGKAU usia lebih tiga dekad, Sunway Lagoon kekal menjadi lokasi taman tema pilihan seisi keluarga untuk beriadah sambil mengeratkan ikatan kekeluargaan.

Daripada aktiviti air dan outdoor hingga pelbagai persembahan menarik, Sunway Lagoon sememangnya tidak pernah mengecewakan.

Seiring dengan peredaran masa, pelbagai pembaharuan diperkenalkan untuk memberikan pengalaman menarik yang tidak akan dilupakan pengunjungnya.

sunway 4

Pelbagai aktiviti dan persembahan menarik di Captain Quack Land.

Terbaharu, Sunway Lagoon menawarkan keseronokan yang berganda menerusi ‘Captain Quack Land, A Night Park Experience’, khas buat para pengunjung sempena cuti persekolahan sambil meraikan kemeriahan sempena sambutan Krismas.

Pengarah Eksekutif Taman Tema Sunway, Calvin Ho berkata, 'Captain Quack Land' dijenamakan daripada 'Sunway Lagoon Night Park Brings Wild Wild West' yang diilhamkan oleh maskot yang sinonim dengan Sunway Lagoon sendiri, Captain Quack.

sunway 3

Pengarah Eksekutif Taman Tema Sunway, Calvin Ho.

"Ini adalah evolusi. Pengunjung kita dahulunya pernah merasai pengalaman kanak-kanak di Sunway Lagoon, kini mereka membawa pula anak-anak malah ada yang membawa cucu untuk bergembira di sini.

"Captain Quack tampil dengan karakter yang mesra dengan semua peringkat usia khususnya kanak-kanak. Ia ibarat dunia dongeng buat mereka.

"Ketika membawa anak-anak berseronok, ibu bapa juga dapat meluangkan masa bersama. Ini adalah lokasi yang sangat ideal dan selamat buat seisi keluarga untuk bergembira," ujar Calvin Ho.

sunway 1

Maskot Gogo dan Bebe menceriakan pengunjung cilik.

Selain Captain Quack, turut membuat penampilan istimewa adalah Lady Quack dan anak kembar mereka, Gogo dan Bebe yang akan menyambut kedatangan pengunjung segenap peringkat usia.

Para pengunjung pastinya berasa amat teruja merasai pengalaman menaiki permainan ‘ride’ yang mendebarkan dan menyaksikan pelbagai persembahan yang menarik.

Dengan kerlipan lampu bergemerlapan, diserikan pula dengan perhiasan Krismas yang memukau, setiap sudut Captain Quack Land mencipta latar yang sempurna untuk pengunjung merasai keajaiban seperti berada di dalam dunia khayalan.

Paling menarik, pengunjung juga menikmati pengalaman 'musim sejuk' ala Krismas seperti berada di luar negara dengan adanya salji tiruan, sekali gus mencipta suasana yang begitu menakjubkan.

Sunway Lagoon has a new night park -- Captain Quack Land—Low Boon Tat/ The Star

Pelbagai tarikan istimewa buat para pengunjung termasuk persembahan.

Apa yang pasti, pelbagai tarikan istimewa di Captain Quack Land yang wajib diteroka para pengunjung.

Antaranya menyaksikan pertunjukan di Captain's Theatre; mengabadikan kenangan dengan 100 patung pelbagai personaliti Captain Quack, mencabar diri dengan melakukan aktiviti rock climbing dan mengumpul mainan unik di Gashapon.

Usah risau jika lapar atau dahaga! Bagi pengunjung yang menggemari hidangan berkonsepkan tempatan atau antarabangsa, Captain's Diner menyediakan sajian yang menepati citarasa semua.

Sementara itu, Captain's Pier pula amat bersesuaian bagi pengunjung yang inginkan hidangan ringan dengan suasana santai.

Sunway Lagoon has a new night park -- Captain Quack Land—Low Boon Tat/ The Star

Calvin (tiga, kiri) pada majlis pelancaran sambutan Krismas ‘Captain Quack Land, A Night Park Experience’.

Bagi menyemarakkan lagi kemeriahan sambutan Krismas, Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun membuat kejutan dengan kehadiran Santa Claus yang akan memberikan pelbagai hadiah menarik buat para pengunjung.

Pengunjung bertuah juga akan mendapat hadiah tajaan Sa Sa Malaysia, Himalaya Vajomba, Footer Malaysia Berhad, Sometime By Asian Designers, Derma Health's SkinLabs dan The Body Shop.

Jadi tunggu apa lagi, jom bawa seisi keluarga ke ‘Captain Quack Land, A Night Park Experience’ untuk merasai pengalaman keseronokan berganda kempen Krismas sehingga 31 Disember 2024, bermula 6.30 petang hingga 11 malam.

Maklumat lanjut dan dapatkan tiket anda sekarang di https://sunwaylagoon.com/christmas-celebration/ dan https://sunwaylostworldoftambun.com/christmas-celebration/

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain