suria

Ini ‘trick’ jimat jika bercuti ke Kemboja paling jarang dikongsi... Kena ringan mulut tanya pemandu tuk-tuk

Pemandu tuk-tuk di Kemboja menawarkan pakej pelancongan pada harga berpatutan.

RAKYAT Malaysia biasanya gemar melancong ke Thailand, Indonesia atau Singapura memandangkan jaraknya yang tidak begitu jauh.

Namun, Kemboja juga wajar dimasukkan dalam wish list sekiranya anda mencari destinasi pelancongan yang terletak dalam Asia Tenggara.

Jika berkesempatan pergi ke Kemboja, berikut kami kongsikan beberapa tip penting termasuk pilihan mata wang hingga cara terbaik menikmati pemandangan di Phom Penh dan Siem Reap.

Riel atau US Dollar?

Jangan terlalu cepat menukar wang Ringgit Malaysia ke Riel. Di bandar Phnom Penh dan Siem Reap, kebanyakan transaksi menggunakan US Dollar, terutamanya untuk pelancong.

Itu merupakan mata wang kegemaran peniaga di sana.

kemboja 3

Suasana waktu malam di Kemboja.

Kad kredit pula jarang menjadi medium transaksi utama, jadi pastikan anda menukar wang tunai secukupnya sebelum bertolak ke sana. Gunakan kad kredit hanya untuk kecemasan atau di tempat yang menerima transaksi kad kredit sahaja.

Terbang ke Phnom Penh, pulang dari Siem Reap

Pada awalnya, perancangan perjalanan hanya melibatkan penerbangan pergi dan balik dari Phnom Penh, namun harga tiket penerbangannya lebih mahal.

Untuk penjimatan, tempah tiket penerbangan ke Phnom Penh dan pulang dari Siem Reap.

Kemboja merupakan salah satu destinasi menarik yang patut dikunjungi.

Kemboja merupakan salah satu destinasi menarik yang patut dikunjungi.

Selain menikmati tiket pada harga lebih mampu milik, anda juga dapat merasai suasana dua bandar yang bersejarah dan moden serta pemandangan kampung di sepanjang perjalanan bas dari Phnom Penh ke Siem Reap.

Pakej pemandu pelancong atau tuk-tuk

Cara melancong bergantung pada cita rasa masing-masing.

Ada yang suka percutian terancang, ada juga yang gemar gaya ‘backpack’.

kemboja 5

Kemboja kaya dengan elemen sejarah buat mereka yang meminatinya.

Penulis sendiri pada mulanya menempah pemandu pelancong di Angkor untuk ke destinasi perlacongan utama seperti Angkor Wat.

Namun, pemandu tuk-tuk di bandar Phnom Penh menawarkan aktiviti serupa pada harga jauh lebih murah.

Sebelum menempah pakej pelancongan, cuba bertanya kepada pemandu tuk-tuk kerana kebanyakan mereka menawarkan perkhidmatan serupa.

‘Healing’ di Raffles Hotel

Pilihan penginapan bergantung kepada perancangan anda - sama ada untuk meluangkan banyak masa di bilik atau sekadar bermalam.

Penulis dan rakan memilih lebih masa healing di hotel.

kemboja 4

Hotel klasik yang menawarkan pengalaman inapan berbeza buat tetamu.

Di Phnom Penh dan Siem Reap, kami menginap di Raffles Le Royal Phnom Penh dan Raffles Grand Hotel D’Angkor.

Jika anda menghargai seni dan barangan antik, hotel ini menawarkan dekorasi mewah era 30-an serta koleksi seni tempatan.

Menu makanannya pula bertemakan dekad 1930-an hingga 1950-an.

Dengan perancangan yang tepat, perjalanan anda ke Kemboja boleh menjadi satu pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan.

Sama ada untuk meneroka sejarah Angkor Wat atau bersantai di hotel mewah, semuanya pasti berbaloi!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain