BERBAKI kurang empat hari lagi, tahun 2024 bakal melabuhkan tirainya. Ibarat sudah menjadi acara wajib setiap tahun, detik countdown pada malam ambang tahun baharu sememangnya dinanti-nantikan segenap lapisan rakyat di negara ini. Di lokasi-lokasi utama di seluruh negara, ribuan pengunjung akan 'turun padang' untuk sama-sama meraikan kedatangan tahun baharu sambil menyaksikan pelbagai persembahan termasuk acara kemuncak iaitu pertunjukan bunga api. Bagi yang merancang untuk meraikan sambutan tahun baharu 2025, usah pening kepala... mStar kongsikan lima lokasi menarik buat tatapan anda. 1) Dataran Putrajaya, Presint 3 Dataran Putrajaya turut menganjurkan Festival Light & Motion Putrajaya (LAMPU2024) bersempena meraikan tahun baru 2025. Salah satu lokasi yang menjadi pilihan ramai untuk menyambut tahun baru. Kali ini, banyak persembahan dan pertunjukan menarik yang disediakan antaranya persembahan kawad senyap Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), pertunjukan kereta berhias, persembahan buskers. 2) the Curve, Mutiara Damansara Konsert Suria X the Curve menampilkan artis terkenal tempatan. Merupakan kolaborasi antara Suria X the Curve, Countdown to 2025 mengetengahkan pelbagai aktiviti menarik sesuai untuk seisi keluarga. Terdapat festival makanan, aktiviti kecergasan dan persembahan artis popular tempatan antaranya Dayang Nurfaizah, Ruffedge, Kristal X, Ezra Kairo, Black Hanifah, Iman Troye dan ramai lagi. Oh ya, penyampai Suria FM seperti DJ Lin, Datuk Fizz Fairuz, Suraya, Kai dan Chiwan pun ada. Acara kemuncak, tentunya countdown sambil menyaksikan pertunjukan bunga api. ARTIKEL BERKAITAN: Selamat tinggal 2019! Ketahui 10 lokasi happening sambutan Tahun Baharu 2020 3) IOI City Mall, Putrajaya IOI City Mall Putrajaya turut meraikan tahun baru 2025 bersama MeleTOP. Konsert Countdown Meletop 2025 mengetengahkan persembahan artis popular seperti Aina Abdul, Shila Amzah, Dato' Ramli Sarip, Ayda Jebat, Drama Band, Shiha Zikir, Noki, Khai Bahar, Bunga Isme dan ramai lagi! Ini juga inisiatif bagi mengumpul dana khas untuk mangsa banjir. Masuk adalah percuma! 4) The Exchange TRX, Kuala Lumpur Gabungan artis luar negara dan tempatan memeriahkan sambutan tahun baru di TRX. Sambutan countdown tahun ini menjanjikan malam yang luar biasa dengan penampilan artis luar negara dan tempatan seperti Henry Lau (bekas ahli Super Junior-M) dan duo pop Amerika, Capital Cities, Daiyan Trisha, Joe Flizzow, SonaOne dan ramai lagi. Tidak seperti tahun lepas, tiada tiket diperlukan untuk acara tahun ini Konsepnya, siapa cepat dia dapat! Oh ya! Acara ini tidak disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, dan remaja di bawah umur 16 tahun mesti ditemani oleh orang dewasa. Acara yang berlangsung di Aras 3, Raintree Plaza, TRX akan diakhiri dengan pertunjukan bunga api. 5) Menara Kuala Lumpur Sambutan tahun baru 2025 yang eksklusif di Menara Kuala Lumpur. Bagi anda yang mungkin ingin mencipta sedikit kelainan pada sambutan tahun baharu kali ini, apa kata raikannya di mercu ikonik, Menara Kuala Lumpur. Acara 'Quarter Century Celebration' ini bukan sekadar menyajikan pertunjukan bunga api pertama sejak 1996, tetapi juga menampilkan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung. Antaranya pertunjukan bunga api di dua lokasi strategik, Tower Terrace dan Aras TH07, hiburan muzik live, hidangan dan pelbagai lagi. Dengan harga tiket RM88, pastinya pengalaman eksklusif ini menjadi momen yang indah buat anda. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menghitung detik Tahun Baharu 2025 pada 31 Disember nanti bersama insan tersayang di lokasi pilihan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube