suria

Pasang azam tahun baharu, mantapkan stamina sambil healing! Ini top 5 lokasi hiking sesuai untuk ‘beginner’

Terdapat beberapa lokasi sesuai untuk pemula yang baru mahu mencuba dunia hiking. -Gambar hiasan

MENDAKI atau hiking merupakan aktiviti healing yang sangat berbaloi kerana ia bukan sahaja memberi manfaat fizikal seperti meningkatkan stamina dan kekuatan tubuh, tetapi juga memberi ketenangan mental.

Kita amat bertuah kerana menetap di bumi Malaysia yang kaya dengan alam semula jadi, sungai dan gunung-ganang yang indah.

Bagi pencinta alam semula jadi yang ingin mencari pengalaman mendaki dengan pemandangan menakjubkan, berikut lima lokasi wajib anda kunjungi, dengan trek yang sesuai mengikut tahap kemampuan pendaki.

Lokasi ni bersesuaian kepada pemula yang baru ingin mencuba dunia hiking.

Individu yang baru mahu mencuba dunia hiking perlu mencari lokasi sesuai.

1. Bukit Guling Ayam

Bagi yang baru nak mencuba (beginner), Bukit Guling Ayam di Gombak, Selangor, adalah pilihan terbaik dengan pendakian yang mudah dan pemandangan memukau di puncaknya.

Pendakian ke puncak hanya mengambil masa 30 minit dengan jarak satu kilometer (pergi dan balik).

Lokasi ini sangat popular, jadi anda mungkin akan bertemu ramai pendaki lain semasa meneroka.

Pendakian bermula dari laluan simen sehingga ke Ecolife Hilltop Café, sebelum anda memasuki kawasan hutan.

Namun, penting untuk diingatkan bahawa Bukit Guling Ayam adalah bukit yang tidak stabil, terdiri daripada lapisan tanah pasir longgar dan batu kuarza retak.

Pendaki perlu berhati-hati terutamanya di bahagian utara bukit, kerana tanah runtuh boleh berlaku selepas hujan lebat.

Di puncak, terdapat bendera Malaysia dan pemandangan 360 darjah yang menakjubkan.

Anda juga boleh menyaksikan matahari terbit atau terbenam dari puncak, tetapi perlu diingat, tiada tempat berteduh, jadi ia boleh menjadi sangat panas pada waktu siang.

Pemandangan panorama dari puncak merangkumi dua gunung tinggi dan awan karpet yang memukau.

Pemandangan panorama dari puncak merangkumi dua gunung tinggi dan awan karpet yang memukau.

2. Gunung Alai

Bagi yang ingin mencuba mendaki gunung pertama, Gunung Alai berhampiran Gerik, Perak, adalah pilihan menarik dengan pemandangan awan karpet yang memukau.

Pendaki perlu mengharungi laluan sejauh 5.5 km (pergi dan balik) yang mengambil masa purata 2 jam 54 minit untuk selesai.

Gunung Alai terkenal dengan pemandangan matahari terbit dan landskap panorama.

Bagi yang memulakan pendakian awal pagi, anda berpeluang menyaksikan awan karpet yang terbentang luas.

Nota penting: Pemula digalakkan mengambil pakej pendakian dengan guide berpengalaman serta mendapatkan permit dari Jabatan Perhutanan untuk keselamatan.

Spot paling popular untuk bergambar apabila sampai di puncak.

'Spot' paling popular untuk bergambar apabila sampai di puncak.

3. Rawang Bypass

Rawang Bypass bukan sekadar lebuhraya, ia juga menawarkan pengalaman mendaki yang singkat tetapi menakjubkan.

Dengan ketinggian 500 meter, pendakian ini hanya mengambil masa satu jam (naik dan turun).

Ia sesuai untuk pemula, tetapi berhati-hatilah ketika memanjat dinding curam kerana ia agak mencabar dan tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Menariknya, laluan ini menawarkan pemandangan jambatan tertinggi di Malaysia dan pokok Merawan Kanching yang menyerupai brokoli, spesies yang kini terancam.

Fakta menarik: Lebuhraya Rawang Bypass sepanjang 10km ini dibina untuk mengurangkan kesesakan laluan Persekutuan 1 dan mengambil masa 12 tahun untuk disiapkan, dengan kos sebanyak RM628 juta.

Disajikan dengan pemandangan 360 darjah ketika berada di puncak.

Disajikan dengan pemandangan 360 darjah ketika berada di puncak. -Gambar hiasan

4. Gunung Rajah

Bagi pendaki berpengalaman yang inginkan cabaran, Gunung Rajah di Pahang adalah destinasi yang patut dicuba.

Dengan ketinggian 1,680m, laluan sejauh 25.6km (pergi dan balik) berhampiran Bentong menawarkan pengalaman mendaki yang mencabar tetapi amat berbaloi.

Untuk pengetahuan anda, laluan sepanjang trek ke puncak gunung ini popular untuk aktiviti seperti backpacking, berkhemah dan mendaki.

Menariknya, bahagian terakhir laluan ke puncak memerlukan pendaki menggunakan tali, memanjat tangga, serta merentasi kawasan berlumpur di hutan lumut (mossy forest).

Pastikan anda membawa windbreaker atau emergency blanket, kerana suhu di puncak sejuk dengan angin kencang.

Sarapan pagi di Dusun Tok Lee dengan harga berpatutan, sesuai untuk pengalaman santai-santai sambil ber-healing.

Sarapan pagi di Dusun Tok Lee dengan harga berpatutan, sesuai untuk pengalaman santai-santai sambil ber-healing. Gambar hiasan.

5. Bukit Pau

Bukit Pau, Kemensah di Selangor sesuai bagi pendaki yang mencari pengalaman santai sambil menikmati sarapan pagi di tengah-tengah keindahan alam.

Dengan ketinggian 272 meter, pendakian mengambil masa kira-kira 25-30 minit saja.

Tarikan utama adalah Dusun Tok Lee Meranti, yang hanya dibuka pada hujung minggu dan cuti umum.

Pendaki dapat menikmati air kelapa dan nasi lemak sambil disajikan pemandangan indah.

Nota: Hati-hati dengan anjing yang berkeliaran di kawasan ini. Pastikan makanan anda ditutup dengan rapat.

Untuk pengetahuan, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah menutup sementara Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri susulan Monsun Timur Laut yang telah bermula.

Justeru, sebelum pergi, pastikan anda menyemak terlebih dahulu tempat yang ingin dikunjungi atau untuk merancang pada tahun akan datang.

Pilih destinasi yang sesuai dengan tahap pengalaman anda dan nikmati keindahan alam semula jadi Malaysia.

Oh ya, jangan lupa membawa air secukupnya, pelindung matahari, dan pakaian yang sesuai untuk mendaki.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain