suria

Jangan terlalu ramah, elak tersengih-sengih depan pegawai imigresen... Ini 8 tip paling jarang dikongsi supaya tak ‘sangkut’

Menyediakan dokumen lengkap dapat mengelakkan situasi tidak diingini di kaunter imigresen. -Gambar hiasan

MEMBACA beberapa perkongsian mengenai pengalaman 'ngeri' pengembara ketika melalui sekatan imigresen, secara tidak langsung turut membuatkan kita berdebar-debar dan berharap tidak akan berdepan situasi yang sama.

Mana tidaknya, ada yang perlu bersoal jawab dalam tempoh yang lama oleh pegawai imigresen di lapangan terbang malah dalam kes yang kurang bernasib baik diarahkan pulang ke tanah air tanpa sempat bercuti.

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil iktibar kes agensi pelancongan tipu duit... Ini 7 tip travel DIY, tiba masa anda belajar melancong sendiri!

Secara tidak langsung, kes yang berlaku menunjukkan betapa pentingnya kita membuat persediaan bagi memastikan segala keperluan imigresen dipatuhi dengan rapi.

Bagi yang merancang untuk bercuti ke luar negara, apa kata anda ikuti tip yang dikongsikan oleh 'otai' bidang fotografi, Saiful Nang ini.

"Ini semua tip tersembunyi jarang orang cerita. Kalau setakat kena buka cap, buka spec, jangan main handphone... semua tu di kaunter tu pun ada tulis dah.

"Ini tip yang biasa-biasa orang tak cerita," kongsinya.

tip 2

Pengembara dari Malaysia pernah berkongsi situasi cemas ketika ditahan pegawai imigresen di Korea Selatan.

Berikut adalah perkongsian beliau:

1) Jangan tersenyum atau tersengih, atau buat riak wajah yang boleh menimbulkan curiga. Hanya sekadar buat seperti biasa

2) Tak perlu menjadi peramah. Sekadar menjawab jika diajukan pertanyaan

3) Buka jaket (casing) pasport siap-siap untuk membantu menjimatkan masa dan memudahkan tugas pegawai imigresen

4) Jawab apa yang ditanya sependek dan seringkasnya. Soalan yang biasa ditanya ialah tujuan ke negara berkenaan. Tarik nafas dan jawablah dengan tenang tanpa senyuman, 'holiday'

5) Memakai pakaian yang sesuai, tak perlu overdress

6) Siapkan dokumen wajib walaupun tidak diminta. Dokumen wajib adalah seperti tiket pergi dan balik, itinerari, cukup duit tunai untuk tinggal selama mengembara, ada bukti tempahan penginapan

7) Jika ditanya ada saudara mara, rakan taulan, sahabat handai di negara tersebut, lebih selamat jawab 'tiada'. Ini kerana mereka menganggap kemungkinan untuk terlajak stay adalah tinggi

8) Apabila dah diberi pasport kembali, ucap 'Thank you' atau 'Thank you, have a nice day'. Jalan terus, jangan pandang belakang!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain