suria

Awas! Ayam goreng pedas Nene akan buat anda menangis kesedapan

PEDAS tapi sedap, itulah yang dapat digambarkan mengenai menu baharu di Nene Chicken, rangkaian restoran ayam goreng terbesar dari Korea Selatan.

Hidangan ayam Double Freaking Hot itu diperkenalkan khas sempena kedatangan Tahun Baharu China, 5 Februari ini.

Selain Double Freaking Hot, Nene Chicken turut memperkenalkan hidangan ayam goreng dengan sos Oriental Garlic.

Hidangan ayam yang enak dan menyelerakan.

Bagi mereka yang suka makan pedas, Double Freaking Hot menawarkan rasa 'berapi' yang enak dengan tahap kepedasan berganda daripada menu sebelum ini, Freaking Hot.

Selain Double Freaking Hot dan Oriental Garlic, Nene Chicken turut memperkenalkan satu lagi perisa baharu ais krim iaitu Strawberry Yogurt Soft Serve.

Ais krim masam manis ini bagaikan pelengkap kepada hidangan anda setelah selesai menikmati kepedasan ayam Double Freaking Hot.

Ais krim masam manis, pelengkap rasa kepada hidangan ayam pedas.

Bagi yang mahu mencuba Oriental Garlic pula, ia membawa twist berbeza buat deria rasa anda, namun keenakannya masih lagi menyerlah dan sememangnya antara menu yang wajib dicuba.

Selain tiga menu baharu ini, anda juga patut merasai sendiri keenakan Original Fried Chicken, Swicy Fried Chicken, Freaking Hot Fried Chicken dan Bulgogi Fried Chicken.

Bercerita mengenai Nene Chicken, pasti ramai yang mengeluh kerana tidak banyak outlet restoran itu di negara ini.

Outlet terbaharu Nene Chicken di Mid Valley.

Namun, anda kini tidak perlu risau kerana Nene Chicken baru sahaja membuka outlet kelima mereka di Malaysia, bertempat di tingkat tiga, pusat beli-belah Mid Valley.

Empat lagi outlet Nene Chicken terletak di Sky Avenue (Genting Highland), Starling Mall (Petaling Jaya), Plaza Merdeka Shopping Mall (Kuching) dan Avenue K (Kuala Lumpur).

Jadi apa tunggu lagi, kini tiada alasan untuk anda tidak mencuba keenakan ayam goreng dengan variasi perisa penuh keenakan di Nene Chicken. Jom!!!

Artikel Lain