suria

Rindukan Nasi Lemak Pak Nasser? Jom order value set di Santan hanya RM9.90

Santan menawarkan Value Set hanya dengan RM9.90.

JIKA buntu hendak memilih menu makan tengah hari atau malam, tak perlu bimbang kerana Santan menawarkan Value Set dengan hanya RM9.90 di semua sembilan cawangannya di Lembah Klang.

Bagi yang ingin mendapatkan harga istimewa itu, boleh membuat pembelian makan tengah hari pada pukul 12 tengah hari hingga 3 petang dan 6 petang hingga 9 malam untuk makan malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikmati hidangan sambil ditemani hidupan laut di Sea Life... Jom ke Legoland, kini kembali dibuka!

Santan Value Set dilengkapi dengan satu hidangan utama dan satu minuman serta tersedia untuk makan di restoran, bawa pulang dan penghantaran sehingga 30 April 2021.



Promosi ini sah sehingga 30 April 2021.

Sebelum ini, promosi istimewa itu dilancarkan pada Februari lalu selama tiga minggu secara eksklusif di Santan, Sunway Pyramid dan mendapat sambutan luar biasa apabila pesanan harian meningkat 100 peratus dengan hampir 2,000 hidangan terjual menerusi 1,200 pesanan.

Berikutan kejayaan itu, Value Set ini turut diperkenalkan di cawangan Santan NU Sentral pada awal bulan Mac.

Sebagai Value Set, Santan terus menawarkan nilai hebat kepada pelanggannya dengan penghantaran percuma melalui AirAsia Food sejauh lima kilometer (km) dari mana-mana cawangannya dengan kod promosi MARCHD3ALS dan hanya RM0.99 sen untuk 5-10km menggunakan kod promosi yang sama.



Bertuah... Pelanggan yang datang ke Santan pada hujung minggu lalu mendapat layanan daripada krew kabin airasia.

Tawaran ini penting untuk memberikan nilai yang sama hebat kepada pelanggan yang memilih untuk makan atau memesan dari keselesaan dan keselamatan kediaman mereka.

Pengurus Besar Santan Catherine Goh berkata pihaknya sedar pelanggan membuat pilihan berdasarkan nilai ditawarkan dan Santan mengambil kira permintaan tersebut.

"Pelancaran Santan Value Set di semua sembilan cawangan akan menjadi pemangkin perubahan Santan dan kami berharap dengan melancarkan tawaran ini di semua cawangan, lebih ramai pelanggan di seluruh Lembah Klang dapat menikmati hidangan lazat dengan nilai lebih tinggi," katanya.

Santan bakal membuka cawangan ke-10 di Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur pada bulan ini dan 10 lagi cawangan pada suku kedua tahun ini termasuk di Melaka, Negeri Sembilan, dan Johor.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain