suria

Taco Bell buka cawangan pertama di Malaysia, ketahui 5 fakta menarik mengenainya

Taco Bell kini dibuka di Cyberjaya.

SELEPAS setahun berteka-teki tentang pembukaannya, jenama makanan segera popular Amerika, Taco Bell secara rasminya membuka pintu kepada pelanggan bermula 2 April lalu di cawangan pertamanya di Cyberjaya, Selangor.

Bagi yang tak tahu, Taco Bell sebenarnya sudah bertapak di California Selatan seawal tahun 1962, oleh Glen Bell dan sejak itu ia menjadi antara jenama terkenal selain mempunyai cawangan di lebih 30 buah negara seluruh dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Melekat bau penangan kuah kari... Yang pasti ikan saiz mega jadi rebutan di D'Warees Resepi

Taco Bell menyediakan pelbagai makanan segar mengikut pesanan dan semestinya menu popular bakal menjadi pilihan seperti Crunchy Taco Supreme, Crunchwrap Supreme, Chicken Quesadilla, Grilled Stuft Burrito, Loaded Nachos dan banyak lagi.

Jadi apa yang boleh pelanggan harapkan daripada pembukaan Taco Bell di Malaysia?

1. Mural bertemakan budaya Malaysia

Tarikan pertama jika masuk ke Taco Bell di Cyberjaya adalah mural hasil kerja pelukis Wilson Ng yang menggambarkan semangat, budaya dan rakyat Malaysia yang digabungkan dengan jenama itu.

Inisiatif itu adalah sebahagian daripada sokongan pihak Taco Bell terhadap bakat tempatan dalam menyerlahkan hiasan dalaman restorannya.

2. Bell Rice Bowl sentuhan lokal

Bagi memberi sentuhan lokal kepada menunya, Taco Bell Malaysia tampil dengan hidangan Bell Rice Bowl yang menampilkan nasi Mexico, salad, kekacang serta ayam atau daging bersama sambal yang pedas. Menariknya, menu ini istimewa dan hanya boleh didapati di Taco Bell Malaysia.

Malah semua menu di Taco Bel disesuaikan bagi memenuhi citarasa pelanggan dan menggunakan bahan protein terbaik - paling penting ia menggunakan sumber bahan halal.

Bagi golongan vegetarian, mereka boleh menukar protein kepada bahan lain sesuai dengan diet mereka.

3. Pencuci mulut pun ada!

Bagi yang inginkan pencuci mulut, Cinnamon Twist and Chocodilla yang enak dan menyelerakan antara yang disarankan kepada pelanggan.

Setiap pembelian menu combo, pelanggan tidak perlu bimbang untuk membeli minuman kerana Taco Bell memberi isian semula secara percuma.

4. Dapur terbuka

Keistimewaan restoran ini termasuk dapur terbuka yang membolehkan pelanggan menyaksikan barisan kru menyediakan makanan mereka selain akses WiFi berkelajuan tinggi secara percuma.

Tidak hanya itu, tempat mengecas telefon dan komputer riba turut disediakan selain alat pengesan pesanan agar pelanggan peka apabila makanan mereka sudah sedia.

5. Lebih banyak cawangan akan dibuka

Mungkin bagi sesetengah orang, jauh untuk ke Cyberjaya, tapi jangan bimbang Taco Bell akan membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara tidak lama lagi.

Taco Bell dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam. Bagi mematuhi SOP ditetapkan kerajaan ekoran pandemik Covid-19, restoran hanya menerima 50 pelanggan untuk satu-satu masa.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain