suria

Udang viral di Pantai Penarik RM10 je! Memang puas hati makan seafood celup tepung di Terengganu

Menu udang viral RM10 serta minuman coconut shake pasti membuka selera.

SEBUT sahaja mengenai Terengganu, pasti ramai yang terbayang akan keindahan pantai dan pulau di negeri itu.

Selain menikmati panorama yang mendamaikan jiwa, Terengganu juga dianggap sebagai syurga makanan di Pantai Timur yang menjadi tarikan utamanya.

Jika berkesempatan ke Pantai Penarik di daerah Setiu, mata anda pastinya akan 'dijamu' dengan deretan kedai serta restoran di pesisir laut yang popular dengan menu celup tepung.

Selain makanan yang enak, anda juga dapat menikmati panorama indah di restoran itu

Antara restoran yang berbaloi untuk dikujungi tentunya Mr Celup Tepung Station (MCTS) yang dibuka setiap hari kecuali Rabu, bermula 9 pagi sehingga 8 malam.

Restoran yang pernah dikunjungi beberapa selebriti tempatan seperti Azwan Ali, Nadia Brian dan Iqbal Zulkefli itu menawarkan aneka makanan laut yang digoreng secara celup tepung, keropok lekor, nasi air, mi sup, air batu campur (ABC) coconut shake dan macam-macam lagi.

mcts4

Pengunjung boleh bergambar kenang-kenangan di atas platform kayu yang berlatarbelakangkan panorama laut.

Paling menarik, MCTS yang terletak betul-betul di tepi pantai turut menyediakan menu udang viral RM10 yang mana harganya sangat berpatutan, sesuai untuk mereka yang kurang berkemampuan.

Selain udang celup tepung, anda juga boleh memilih menu lain seperti sotong, ikan, ketam, bebola dan sebagainya yang dimasak segar sepanjang masa.

271578631_226910259619941_7092764730716039320_n

Aneka seafood celup tepung yang segar dan menyelerakan.

Sambil menjamu selera, jiwa anda pastinya tenang tatkala disapa bayu laut dan mendengar hempasan ombak di pasir pantai.

Ruangnya cukup luas, jika tidak muat untuk duduk di dalam atau di luar kedai, anda juga boleh memilih untuk makan di atas pondok dua tingkat di hadapan premis itu.

mcts3

Terdapat sebuah kedai menjual permainan dan layang-layang bersebelahan restoran itu.

Kedai itu turut menyediakan buaian serta platform kayu ala-ala jeti untuk anda merakam gambar kenang-kenangan di sana.

Jika membawa anak kecil, anda juga boleh berbelanja di sebuah kedai yang menjual aneka permainan serta layang-layang, bersebelahan restoran itu.

Jangan lupa lawati Instagram mereka untuk maklumat lebih lanjut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain