HIDANGAN pastri popular, croissant semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain mencuba croissant keluaran tempatan, ada dalam kalangan rakyat kita yang turut 'memburu' keenakan pastri itu tatkala mereka bercuti ke luar negara. Baru-baru ini, laman TikTok Halal NYC turut berkongsi kekecewaan mereka saat mendapat perkhabaran bahawa croissant yang mahu dicuba mereka mengandungi bahan yang tidak halal. "Beratur dalam barisan lebih sejam dan baru tahu bahawa croissant ini mengandungi gelatin babi. "Penghargaan buat kakitangan kedai yang memaklumkan hal itu selepas melihat rakan saya yang memakai hijab. Ini hanya pesanan khidmat masyarakat buat golongan Muslim," tulis pengendali TikTok itu. Untuk rekod, Halal NYC merupakan laman sosial yang memfokuskan content berkaitan makanan halal, khususnya di sekitar Kota New York. Croissant merupakan salah satu pastri kegemaran rakyat Malaysia. Biarpun berlaku jauh di Amerika Syarikat (AS), video tersebut tetap mendapat perhatian rakyat Malaysia yang turut membincangkan topik itu menerusi laman Twitter. "Cari benda halal ni satu kewajipan untuk kita, kalau ke luar negara mungkin agak sukar sebab tu ada sedikit keringanan. Tapi atas kita punya kesedaran juga la. Kalau rasa was-was elakkan. "Apaila selalu tengok food documentaries, vlog atau Masterchef, tahu lah betapa banyaknya pastries yang guna ingredients pork ni. Minyak pun kadang pakai lemak babi nak bagi lebih rasa or lebih flaky, fluffy. "Kenapa saya selalu tengok orang Melayu seronok makan pastri ketika mereka di luar negara? Seolah-olah semua pastri guna bahan yang halal. "Disebabkan ramai yang tertanya-tanya dan ada yang salah faham tentang gelatin, nak clarify yang gelatin ada yang halal version dan kebanyakan yang ada di market Malaysia adalah halal. Selain pork gelatin, kita ada beef and fish gelatin. Beef and fish gelatin halal," tulis beberapa netizen. Sebagai umat Islam, kita disarankan agar mengelakkan sesuatu yang was-was atau syubhah, sebaliknya carilah sumber makanan yang diyakini halal walau di mana jua kita berada. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI