suria

Suka kopi-kopi? Jangan lupa berkunjung ke Pameran Kafe dan Minuman Antarabangsa 2023

Pameran itu akan diadakan selama tiga hari pada Mei ini.

PAMERAN Kafe dan Minuman Antarabangsa (ICBS) 2023 akan diadakan bermula 25 hingga 27 Mei di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Pameran tiga hari ini dijangka menarik lebih 8,000 pengunjung serta lebih 500 jenama dari Malaysia, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Australia, Belanda dan Itali.

Tarikan utama di pameran itu tentunya seleksi kopi istimewa yang ditawarkan serta produk F&B yang lain.

Tidak ketinggalan, pameran perabot, reka bentuk dan teknologi berkaitan dengan operasi kafe turut dibawa dalam edisi penganjuran kali ini.

Penganjur, Montgomery Asia turut bekerjasama dengan Persatuan Kopi Khas Malaysia (MSCA) untuk menjadi tuan rumah separuh akhir dan peringkat akhir Kejohanan Kopi Kebangsaan Malaysia (MNCC) edisi ke-8.

Tiga kategori yang dipertandingkan terdiri daripada Kejohanan Barista Gigi Coffee Malaysia 2023, Piala Falcon Coffees Malaysia Brewers 2023 dan Kejohanan Seni Latte Malaysia Gigi Coffee 2023.

Menerusi pertandingan itu, juara-juara yang menampilkan persembahan terbaik bakal dipilih mewakili Malaysia di Kejohanan Kopi Dunia (WCC) 2024.

Picture 1 - ICBS Returns To Kuala Lumpur (High Res)

Kejayaan penganjuran tahun lalu diharap memberi impak lebih besar terhadap pameran pada Mei depan.

Menurut Pengarah Urusan Montgomery Asia Christopher McCuin, keputusan untuk membawa semula pameran itu ke Malaysia dibuat selepas menilai kejayaan penganjuran edisi sulungnya yang diadakan pada tahun lalu.

"Kami sangat gembira dengan pencapaian ICBS 2022, merekodkan lebih 6,000 pelawat dari 35 negara yang dianggap sebagai pencapaian hebat. 98 peratus daripada mereka ingin kembali pada tahun 2023, sekali gus menjadi bukti kejayaan pameran 2022.

"Paling penting, 94 peratus pempamer mencapai objektif mereka dan 98 peratus pelawat melihat pameran tahun lepas sebagai lawatan yang berjaya. Permintaan untuk acara bersemuka adalah sangat tinggi selepas Covid-19.

"Ramai orang bersemangat untuk bertemu secara bersemuka lagi dan trend itu nampaknya berterusan tahun ini," ujarnya.

Pempamer yang terlibat adalah Frad Coffee, K Hub, Qube Apps, Eciatto, Green Pot Tea, Conx Design, Forest Cloud, HisBrew, Da Di Coffee, Niju Coffee, LewisGene Roasters, Gourmet Partner, Global Coffee Resources, Organic 7 Days, Asia Hegner, Big Fame, Stallion Creation, Necessary Provision dan banyak lagi.

Pameran itu akan diadakan di Dewan 4 dan 5 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, dengan tumpuan pengunjung perdagangan dan industri pada dua hari pertama.

Hari ketiga pula dibuka kepada orang ramai untuk menikmati hidangan sebenar mengikut citarasa mereka.

Jadilah sebagaian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain