SETIAP kali berkunjung ke restoran makanan Thailand, menu seperti tomyam dan ikan siakap stim sering menjadi pilihan pelanggan. Bagi yang rajin dan masa terluang, anda sebenarnya boleh memasak sendiri menu ini di rumah. Di TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Syiela Kamaruddin berkongsi resipi ikan siakap stim ala kedai Siam yang boleh dibuat tanpa menggunakan periuk kukus. Bahan-bahan: 1. Seekor ikan siakap 2. Dua tangkai serai 3. Sepotong halia 4. Daun limau purut 5. Cili Siam 6. Cili besar 7. Bawang putih 8. Ketumbar 9. Sos tiram 10. 3-4 biji limau 11. Sos ikan 12. Kiub pati ayam 13. Gula putih Masukkan air rebusan ikan ke dalam bahan kisar sebelum ia dituang di atas ikan. Cara penyediaan: 1. Potong dua tangkai serai 2. Potong halia menjadi hirisan halus 3. Ambil daun limau purut dan buang tangkainya. 4. Masukkan tiga bahan tadi ke dalam ikan siakap yang telah dibelah. 5. Masukkan ikan siakap itu ke dalam periuk yang berisi air. 6. Kemudian kisar cili siam, enam ulas bawang putih, cili besar dan akar ketumbar. 7. Jangan lupa perah dua ke tiga biji limau nipis ke dalam bahan kisar tadi. 8. Selepas itu, masukkan sesudu sos tiram, kiub pati ayam dan empat sudu gula putih serta tiga sudu sos ikan. 9. Masukkan juga sesenduk air rebusan ikan ke dalam bahan kisar tadi. 10. Kacau hingga sebati dan tuang ke atas ikan siakap yang sedang dimasak. 11. Tabur daun ketumbar dan ia sedia untuk dihidang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube