suria

Baru tahu sambal tumis bersantan lagi sedap! Wanita kongsi resipi arwah atuk, rupanya ramai dah cuba

Resipi nasi lemak itu turut menjadi kegemaran suami dan anak-anak Fie.

BANYAK restoran serta gerai menawarkan menu nasi lemak yang biasanya disajikan dengan sambal, telur, mahupun ayam berempah.

Namun, untuk mencari sambal nasi lemak yang sedap bukanlah satu perkara yang mudah.

Jika tidak kena caranya, sambal nasi lemak yang dimasak akan menjadi hangit, terlalu pedas atau masin sehingga tidak sedap lagi untuk dimakan.

Di TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Fie Safwan berkongsi resipi nasi lemak yang diturunkan oleh arwah datuknya.

Menurut Fie, arwah datuknya memasukkan sedikit santan ketika memasak sambal nasi lemak agar rasanya lebih berlemak.

Untuk nasi pula, Fie akan menabur biji halba untuk membangkitkan aroma, sekali gus menjadikan hidangan itu lebih wangi.

nl2

Sambal nasi lemak lebih sedap jika dimasak menggunakan santan.

Antara bahan yang wajib ada untuk memasak sambal nasi lemak adalah bawang merah, sedikit bawang putih, cili, belacan, gula, garam dan ikan bilis.

"Rahsia sambal nasi lemak sedap. Ini resipi daripada arwah atok Fie. Letak sikit santan supaya sambal rasa sedap dan berlemak. Masak sambal garing-garing.

"Untuk masak sambal, minyak kena lehih supaya cili betul-betul masak. Nanti masa nak letak dalam pinggan untuk hidang, jangan kaut dengan minyak sekali.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak ada periuk kukus pun oleh masak ikan siakap stim! Padu rasanya, ‘sebiji’ macam makan di kedai Siam

"Ni memang nasi lemak kegemaran suami dan anak-anak Fie. Nasi pula Fie letak biji halba. Memang bau wangi. Menu nasi lemak paling mudah sebab daripada pagi sampai malam boleh makan. Tak perlu masak lagi dah," ujarnya.

Menjengah ruangan komen di TikTok, ramai netizen turut mengakui kesedapan resipi peninggalan arwah datuk Fie yang menggunakan santan.

"Sambal nasi lemak kalau letak santan memang marvelous.

"Petua letak santan tu betul sis. Sambal memang sedap letak sikit santan.

"Saya dah cuba. Suami dan keluarga cakap sedap," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain