suria

Cara buat sos ala Sukiya sedap, senang je! Bila-bila masa boleh makan steamboat di rumah

Sos viral ini boleh dibuat sendiri di rumah mengikut olahan citarasa masing-masing.

DEMAM K-Pop menyebabkan makanan dari Korea Selatan seperti kimchi, bibimbap dan jajangmyeon menjadi fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tidak dilupakan, makanan dari negara Jepun seperti sushi, tempura, ramen dan sashimi turut mempunyai peminatnya yang tersendiri di negara ini.

Di aplikasi TikTok, seorang pemuda dikenali sebagai Zainul Rusydi turut meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi resipi mudah untuk menghasilkan sos ala Sukiya.

Menurut Zainul, sos daripada restoran Jepun popular itu boleh dibuat sendiri di rumah mengikut olahan citarasa masing-masing dan ia sesuai disajikan bersama hidangan steamboat.

sos2

Anda juga boleh menambah mi segera untuk dimakan bersama sup steamboat.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Bawang putih

2. Daun ketumbar

3. Daun bawang

4. Cili padi

5. Roasted sesame sauce

6. Miso paste

7. Chilli oil

Cara penyediaan sos:

1. Mula-mula, anda memerlukan bawang putih yang dicincang, daun ketumbar, daun bawang, cili padi dan roasted sesame sauce.

2. Masukkan juga miso paste ke dalam adunan bahan tadi. Anda boleh dapatkan miso paste yang halal di kedai-kedai Jepun.

sos3

Perahkan limau dan tambah daun ketumbar untuk menjadikan sup steamboat anda lebih menyelerakan.

3. Selepas itu, masukkan chilli oil. Sebenarnya chilli oil juga boleh dibuat sendiri. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu tuang minyak panas ke atas chilli flake.

Bagai tak lengkap sos ini jika tiada bahan-bahan untuk dicicah.

Untuk mendapatkan feeling ala-ala menjamu selera di restoran Jepun, anda boleh membeli mana-mana set steamboat yang dijual di kedai atau pasaraya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpaling Korea! Cara jimat buat ‘spicy marinated crab’ di rumah, pakai 6 bahan je

Biasanya set steamboat itu turut dijual bersama perencah supnya.

Masak perencah sup itu bersama aneka bahan steamboat dan mi segera.

Anda juga boleh mencelup hirisan daging ke dalam sup itu sebelum dicicah bersama sos.

Bagi mendapatkan rasa yang lebih kick dan padu, anda juga boleh menambah perahan limau nipis dan daun ketumbar ke dalam sup steamboat.

Untuk mendapatkan lebih banyak perkongsian resipi dan tutorial masakan, anda boleh mengikuti akaun Zainul Rusydi di aplikasi TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain