suria

Donat bulat lebih rangup, gebu! Wanita kongsi resipi, sukatan dan teknik kena betul baru jadi sempurna

Donat berbentuk bulat dikatakan lebih rangup dan gebu.

DONAT merupakan kuih yang mendapat tempat di hati setiap lapisan umur dalam masyarakat kerana teksturnya yang lembut dan gebu.

Malah, sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai jenis donat yang dijual seperti red velvet, susu dan yang mempunyai inti.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook, Nur Aien berkongsi resipi donat bulat yang lebih mudah untuk dinikmati seisi keluarga dengan saiznya yang lebih kecil.

Tekstur donat yang terhasil dikatakan lebih rangup di luar dan lembut di dalam apabila menggunakan teknik dan sukatan bahan yang betul seperti yang diajar olehnya.

Membuat donat berbenuk bulat memerlukan teknik, bahan dengan sukatan betul.

Bahan-bahan

1. 1 paket yis mauripan

2, 3 cawan tepung gandum

3. 1 cawan air suam

4. 3 sudu besar gula

5. 3 sudu besar susu pekat

6. 2 sudu besar marjerin

7. 1 biji telur

8. Gula halus atau gula aising (untuk gaul donut)

Yis yang dimasukkan membuatkan adunan menjadi berbuih.

Cara-cara

1. Cairkan marjerin dan tunggu sehingga sejuk.

2. Setelah sejuk, tambah telur lalu adunkan bahan untuk beberapa minit dan ketepikan.

3. Gula dan susu pekat disatukan dalam air suam dan kacau hingga larut.

4. Masukkan yis, kacau lagi dan biarkan dalam 10 minit.

5. Selepas yis naik buih, masukkan marjerin yang dah bercampur dengan telur dan kacau.

6. Masukkan kesemua bahan ke dalam tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh.

87. Kemudian, rehatkan doh selama 30minit, Sebelum itu uli dan tumbuk-tumbuk untuk buang angin.

Jarakkan doh yang disiapkan sebelum digoreng.

9. Buat bentuk bulat dan susun dalam keadaan jarak-jarak dalam talam ditaburkan tepung atau marjerin.

10. Rehatkan donat selama 10 hingga 15 minit sebelum digoreng.

11. Goreng donat dalam api yang sederhana.

12. Gaulkan donat yang siap digoreng di dalam gula halus atau aising.

Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain