SEBUT sahaja tempe, pasti kita mula membayangkan menu popular seperti sambal goreng Jawa atau kuah lodeh. Walaupun rasa tempe adalah tawar, namun ia sebenarnya kaya dengan kandungan protein, kalsium juga zat besi yang baik untuk tubuh. Namun ada kalanya tempe yang digoreng menyebabkan bahagian dalamnya menjadi keras dan tidak sedap untuk dimakan. Tempe merupakan antara bahan utama dalam menu sambal goreng Jawa. Rupa-rupanya ada cara yang boleh dilakukan bagi memastikan tempe yang digoreng kelihatan garing di luar dan lembut di dalam. Kaedah ini dikongsikan oleh Lovlyna Nanyqish dalam grup Masak Apa Hari Ni di Facebook. Bahan-bahan: 1. Bancuhan secubit air garam 2. Kunyit jenis serbuk 3. Tempe yang dipotong nipis Tempe mengandungi sumber protein yang tinggi. Seperti yang diajarkan Nanyqish, tempe yang sudah dipotong perlu direndamkan dahulu di dalam air garam bersama kunyit selama 30 minit hingga ke satu jam. Katanya, garam yang digunakan adalah bertujuan untuk menaikkan lagi rasa lemak pada tempe. Malah tekstur tempe juga akan menjadi lebih garing di luar dan lembut pada bahagian dalam. Menurut wanita ini, rasa tempe ini menjadi lebih sedap seolah-olah memakan kacang rebus. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube