suria

Kentang bakar viral sangat senang nak buat sendiri... 40 minit dah siap, sedia untuk dimakan

Kentang bakar merupakan hidangan trending pada masa kini.

BERMULA bulan lalu, juadah kentang bakar dilihat kembali popular dalam kalangan masyarakat.

Lantaran itu, gerai dan restoran bagai berlumba-lumba untuk memperkenalkan menu kentang bakar bagi memuaskan keinginan orang ramai.

Bagi anda yang malas untuk berpusu-pusu di kedai atau beratur panjang, disediakan resipi kentang bakar sebagai panduan, boleh dicuba sendiri di rumah.

Ayuh kita ikuti perkongsian Amira (@mangovomit) di laman TikTok.

Bahan-bahan:

1) Kentang Amerika atau kentang jaket

2) Minyak

3) Garam, lada

Cara membuatnya:

1) Basuh kentang sehingga bersih dan kemudian cucuk-cucuk guna garfu.

2) Salut kentang dengan minyak.

3) Tabur perasa ke atas kentang seperti garam atau lada.

4) Bakar dalam air fryer selama 40 minit dengan suhu 180 darjah Celcius.

5) Setelah siap dibakar, boleh tambah topping ke atas kentang, disarankan untuk cuba keju cheddar merah, pasti lazat!

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat. - Amira

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan