HIDANGAN telur dan rakyat Malaysia berpisah tiada. Pelbagai jenis masakan boleh dihasilkan dengan menggunakan telur, tetapi sudah tentu juadah telur hancur pedas yang paling membangkit selera. Sekiranya dimakan bersama nasi putih panas-panas, serta ditambah kicap, tak sedar dah bertambah tiga kali. Ayuh kita lihat resipinya! Bahan-bahan: 1) Tiga hingga empat biji telur 2) Lapan hingga 10 tangkai cili kering, pastikan dibelah dua 3) Dua ulas bawang putih 4) Ikan bilis 5) Garam 6) Gula 7) Serbuk perasa 8) Sos tiram Proses penyediaan yang cukup mudah. Penyediaannya: 1) Secara berasingan, goreng cili kering yang dibelah dan ikan bilis sehingga garing. 2) Kemudian tumbuk cili kering, ikan bilis serta bawang putih menggunakan lesung batu sehingga hancur. 3) Panaskan minyak di dalam kuali, seterusnya masukkan bahan yang sudah ditumbuk tadi. 4) Pecahkan telur dan kacau sehingga rata menggunakan bahan tumisan. Boleh tambah juga garam, gula, serbuk perasa dan sos tiram. 5) Apabila telur sudah menjadi berketul-ketul, boleh tutup api. Kini siap untuk dimakan bersama nasi dan kicap, boleh juga dijamah dengan roti. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Adawiyah Abdul Rahman Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube