suria

Puas makan! Lain macam tahap pedas Ayam Epik di Marrybrown, rasa rempah ratus sampai ke isi

Menu Ayam Epik dilancarkan di cawangan Marrybrown Seksyen 18, Shah Alam.

BERITA gembira bagi mereka yang menggemari ayam goreng berempah di kedai mamak.

Marrybrown menawarkan menu baharu iaitu Ayam Epik yang merupakan ayam rangup pedas, ia diperap dengan adunan rempah ratus seperti lada, serbuk kari, jintan manis, ketumbar, bawang merah dan bawang putih.

Menu Ayam Epik diilhamkan daripada hidangan kegemaran rakyat Malaysia di restoran mamak, setiap gigitan menjamin rasa pedas membara, malah tekstur isinya berjus dengan perapan rempah, sungguh menyengat.

Lebih membangkitkan selera apabila bahagian luar Ayam Epik disalut dengan gabungan tepung rangup keemasan, aroma bijirin dan rempah ratus segar.

Menu Ayam Epik boleh didapati untuk masa terhad bermula 11 November di setiap cawangan Marrybrown seluruh negara.

Berikut merupakan set Ayam Epik yang ditawarkan di Marrybrown, dimulakan dengan kombo dua ketul Ayam Epik (RM17.90), dihidangkan bersama kentang lenyek berkrim dan minuman Fuze teh lemon ais yang menyegarkan.

Kombo dua ketul Ayam Epik (kiri) dan kombo Nasi Kari Ayam Epik (kanan)

Selain itu ada juga kombo Nasi Kari Ayam Epik (RM15.90), terdiri daripada seketul ayam Epik, dihidangkan dengan nasi gebu beraroma yang dimasak bersama kari, disertakan papadom, acar dan telur rebus.

Kemudian kombo Ayam Epik Box Meal (RM19.90), dihidangkan bersama seketul Ayam Epik, burger ayam, kentang lenyek berkrim dan minuman Fuze teh lemon ais.

Ayam Epik turut dihidangkan dalam set tiga ketul, lima ketul dan lapan ketul yang masing-masing berharga RM22.90, RM35.50 dan RM56.80.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, Daniel Chan berkata pihaknya sentiasa berusaha dan terus berinovasi untuk membawa kenikmatan hidangan tempatan kepada pelanggan.

"Menjelang hujung tahun ini, Ayam Epik diharap akan menjadi santapan pilihan apabila rakan dan keluarga berkumpul, ayuh nikmati hidangan yang mencerminkan cita rasa rakyat Malaysia," kata Daniel Chan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain