suria

Nak jimat duit? Ini cara mudah masak nasi goreng cina... Suami orang, lelaki bujang boleh belajar

Nasi goreng cina merupakan hidangan kegemaran ramai.

DALAM keadaan ekonomi yang tidak menentu, anda disarankan untuk memasak sendiri di rumah bagi menjimatkan perbelanjaan.

Tidak perlu mencari masakan yang gah atau rumit, cukup sekadar berkhasiat dan mengenyangkan.

Antara menu yang boleh dicuba bagi pemula atau beginner adalah nasi goreng cina, proses penyediannya cukup mudah dan keenakannya membuatkan terliur.

Ini juga menjadi resipi mudah untuk golongan suami mahupun lelaki bujang mempelajarinya dengan mudah.

Ayuh kita lihat resipinya!

Bahan-bahan:

1) Nasi putih

2) Lima ulas besar bawang putih, ketuk dan cincang halus

3) Dua hingga tiga sudu serbuk perasa

4) Satu hingga dua sudu minyak bijan

5) Udang segar

6) Lima biji telur

7) Satu mangkuk sayur campur

Bahan-bahan diperlukan untuk memasak nasi goreng cina.

Penyediannya:

1) Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau dan menjadi garing.

2) Masukkan udang, biarkan sekejap sampai isinya dimasak.

3) Ketepikan udang, masukkan telur. Kecilkan api sedikit supaya telur boleh dimasak sepenuhnya. Kemudian pecah-pecahkan telur tadi.

4) Masukkan nasi dan sayur campur, gaul rata.

5) Taburkan serbuk perasa, kacau sehingga semua menjadi sebati.

6) Masukkan minyak bijan dan kacau lagi sekali. Siap!

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Har Ryea

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain