suria

Rasa macam makan kenduri... Rupanya senang sangat nak masak sendiri nasi ‘butter’ di rumah, mesti makan bertambah

Rasa berlemak dalam nasi mentega pasti menambat selera sesiapa sahaja.

NASI mentega sungguh lazat untuk dimakan bersama lauk kenduri seperti ayam masak merah, daging masak kurma mahupun ayam bakar.

Sekali dengar nama nasi mentega atau nasi butter ini, ramai yang beranggapan ia sukar untuk dibuat sendiri di rumah, berkemungkinan lebih mudah jika dipesan terus daripada katering.

Melalui satu hantaran di laman Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Ismi Yatie Ummu Haziq berkongsi cara mudah untuk menyediakan nasi mentega, pasti anti gagal.

Ayuh kita lihat resipinya.

Bahan-bahan untuk nasi:

1) Enam cawan beras biasa, disarankan guna beras basmathi

2) 125 gram mentega

3) Satu setengah cawan susu segar, juga boleh digantikan dengan susu sejat atau cair

4) Sedikit garam

5) Daum ketumbar

Proses penyediaan nasi mentega.

Bahan-bahan untuk kisaran:

1) Satu biji bawang besar

2) Empat hingga lima ulas bawang putih

3) Dua hingga tiga sentimeter halia

4) Satu batang serai yang sudah diketuk

5) Satu hingga dua helai daun pandan

Penyediaannya:

1) Panaskan kuali dan cairkan mentega.

2) Masukkan kesemua bahan-bahan kisaran ke dalam kuali, tumis sehingga naik bau.

3) Tambahkan beras ke dalam kuali, pastikan ia sudah dibasuh dan dituskan terlebih dahulu. Goreng beras selama satu hingga dua minit.

4) Kemudian masukkan susu segar, gaul sehingga sebati dan kemudian padamkan api.

5) Alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi elektrik, tambahkan air mengikut sukatan untuk memasak nasi biasa.

6) Masukkan garam dan daun ketumbar supaya aroma nasi lebih meliurkan. Siap!

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat - Ismi Yatie Ummu Haziq

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain