suria

Mengidam makan pulut kuning? Tak perlu tempah katering, boleh masak sendiri di rumah... Sesuai untuk 2 orang makan

Pulut kuning lazat dimakan dengan rendang daging atau ayam.

HIDANGAN pulut kuning kebiasaannya disediakan untuk majlis keraian seperti kenduri kesyukuran, pertunangan, perkahwinan mahupun sambutan ulang tahun.

Jarang dilihat pulut kuning dimakan pada hari biasa tanpa sebarang sambutan istimewa.

Namun jangan risau, bagi sesiapa yang mengidam, ada resipi untuk memasak pulut kuning dalam kuantiti sedikit.

Ayuh kita ikuti tekniknya menerusi perkongsian di laman Facebook oleh Rahim Rahimi, sangat mudah sebenarnya.

Bahan-bahan:

1) Pulut

2) Asam keping

3) Serbuk kunyit

4) Santan

5) Daun pandan

6) Minyak masak

7) Garam

Proses penyediaan pulut kuning.

Cara membuatnya:

1) Rendam pulut di dalam mangkuk berisi air bersama asam keping dan serbuk kunyit selama sejam.

2) Kemudian buang air daripada pulut. Masukkan santan, daun pandan, minyak masak dan garam secukup rasa. Seterusnya gaulkan sehingga sebati.

3) Tambahkan air sehingga sama paras dengan pulut.

4) Masukkan pulut tersebut ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 20 minit, selepas itu periksa sekiranya pulut sudah masak.

5) Sekiranya pulut masih mentah, boleh buat lubang di tengah pulut dan letakkan mangkuk yang berisi air panas.

6) Masukkan semula pulut ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 10 hingga 15 minit, kali ini pastikan pulut ditutup dengan penutup.

7) Sudah siap! Cara sebegini sangat sesuai untuk hidangan seorang atau dua orang makan.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Rahim Rahimi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan