suria

Lauk ringkas tapi sedap sampai licin pinggan! Daging goreng ketumbar pembangkit selera makan dengan nasi putih

Daging goreng ketumbar juga sedap dimakan begitu sahaja bersama nasi putih.

HIDANGAN nasi putih lebih menyelerakan dengan makanan pemangkin yang memenuhi cita rasa.

Tidak perlu juadah yang kompleks, menu ringkas sudah memadai seperti daging goreng ketumbar.

Pastinya setiap suapan pasti terasa lebih berempah dan secukup rasa, hingga tambah nasi berulang kali!

Cara masakannya cukup mudah, ayuh ikuti perkongsian oleh seorang wanita dikenali sebagai Mamaamna Aisyaa di laman Facebook.

Nasi putih merupakan makanan ruji rakyat Malaysia. -Gambar hiasan

Bahan-bahan:

1) Daging secukupnya yang sudah dipotong

2) Empat hingga lima sudu besar biji ketumbar ditumbuk kasar

3) Bawang besar yang dibelah empat

4) Lobak merah yang sudah dipotong

5) Cili api

6) Cili besar atau lada benggala

7) Kicap lemak manis

8) Serbuk kunyit

9) Garam

ARTIKEL BERKAITAN: Resipi telur hancur pedas... Lauk ringkas tapi sedap menjilat jari, sedar-sedar dah 3 kali tambah nasi

Cara membuatnya:

1) Gaul daging yang sudah dipotong dengan serbuk kunyit dan garam, biarkan ia diperap seketika.

2) Panaskan minyak dan goreng daging sehingga ia menjadi sedikit garing.

3) Selepas daging dilihat garing, masukkan biji ketumbar yang sudah ditumbuk, sesuaikan ia mengikut kuantiti daging. Gaul sehingga sebati.

4) Seterusnya masukkan bawang besar, lobak merah dan cili. Gaul sehingga rata

5) Renjiskan kicap lemak manis dan gaul supaya bercampur semuanya, kini siap untuk dihidang dengan nasi.

6) Sebagai peringatan, elakkan daripada mengaut minyak bersama daging dan bahan-bahan lain, lebihan minyak boleh merosakkan hidangan.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Mamaamna Aisyaa

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain