suria

Dah cuba banyak tip akhirnya jumpa rahsia rangupkan ikan bilis... Rebus dulu baru goreng, tahan hingga 4 bulan

Seorang tukang masak berkongsi cara goreng ikan bilis rangup yang mampu tahan hingga empat bulan.

MENIKMATI hidangan nasi lemak pastinya terasa lebih enak sekiranya ikan bilis rangup dikunyah.

Menjadi masalah utama buat para isteri apabila ikan bilis yang digoreng bukan saja tidak rangup, malah liat biarpun baru diangkat dari kuali.

Boleh jadi murung dan malu dibuatnya apatah lagi jika dihidang di depan keluarga mentua.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya jumpa petua ikan bilis goreng kekal rangup! Peniaga kena belajar, makan masa dah sejuk pun sedap

Usah risau, ikan bilis goreng anda pasti akan rangup, cantik berwarna keemasan dan tahan lama jika mencuba tip yang dikongsikan oleh seorang tukang masak, Rizal Kitchen.

Berikut adalah petua yang dikongsikannya di Facebook:

1) Rebus ikan bilis dalam air mendidih terlebih dahulu dalam tempoh yang singkat sekitar dua hingga tiga minit. Ia adalah untuk membersihkan ikan bilis daripada habuk

bilis 2

Ikan bilis direbus terlebih dahulu.

2) Angkat dan toskan ikan bilis yang direbus sebentar tadi

3) Gaul rata ikan bilis dengan sedikit tepung jagung untuk merangupkannya

bilis 1

Gaul ikan bilis dengan tepung jagung.

4) Pastikan minyak untuk menggoreng benar-benar panas dan kemudian masukkan ikan bilis ke dalam kuali

5) Sentiasa balik-balikkan ikan bilis dengan sudip agar semuanya masak sekata

6) Goreng sehingga garing. Angkat dan toskan

7) Sedia untuk dihidang.

Jika disimpan dengan baik, ikan bilis boleh tahan sehingga empat bulan lamanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain