suria

Daging lembut hanya guna kurma tapi awas jangan langgar satu pantang! Tak perlu pressure cooker

Petua untuk melembutkan daging dengan cepat adalah dengan menggunakan kurma. -Foto FB Ainafzl (kanan)

PERKARA yang paling penting dalam penyediaan hidangan berasaskan daging lembu adalah memastikan teksturnya lembut dan empuk.

Dalam zaman moden ini, kaedah melembutkan daging menjadi lebih mudah dan pantas dengan adanya periuk tekanan (pressure cooker).

Tetapi ada juga yang lebih gemar memasak menggunakan kaedah tradisional seperti merebus daging dengan api kecil untuk jangka masa lebih lama, selain mempraktikkan petua-petua tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya begini cara chef hotel lembutkan daging... Cepat dan mudah, ada ‘vibes’ menu taraf 5 bintang!

Lazimnya kita mendengar petua untuk melembutkan daging menggunakan bahan seperti soda bikarbonat, cuka ataupun daun nangka.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang pelayar @ainafzl berkongsi tip melembutkan daging dengan menggunakan buah kurma.

daging 2

Teknik hirisan juga sebenarnya memainkan peranan penting terhadap tekstur daging. -Gambar hiasan

Berikut adalah cara-cara yang dikongsikannya:

1) Gunakan empat biji kurma (2 biji termasuk isi dan dua biji lagi tanpa isinya)

2) Masukkan kurma waktu awal merebus daging

3) Hasilnya, daging akan menjadi lembut dalam masa sekitar 30 minit sahaja atas api dan teksturnya lembut seperti menggunakan pressure cooker.

Namun pantang larang yang perlu diikut, jangan letakkan garam ketika daging sedang direbus atau dimasak.

Sebaliknya, masukkan garam pada akhir waktu memasak.

Apabila kita masukkan buah kurma, sup daging secara automatik menjadi rasa 'manis-manis buah' dan daging pun lembut. Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain