SEBUT sahaja makanan viral, pasti berduyun-duyun pelanggan sanggup beratur demi merasai pengalaman mencuba hidangan yang sedang trending. Terbaru, ketika ini media sosial sedang trending dengan menu dari Barat iaitu Loaded Nachos Cheese. ARTIKEL BERKAITAN: Macam tak percaya boleh buat sendiri mentega kacang di rumah... Puas makan, jimat duit Biarpun kelihatan ringkas, namun harganya boleh tahan juga mahal iaitu sekitar RM8 hingga RM15 untuk setiap bungkus kerepek Nachos. Memang ralit mengunyah, lagi-lagi dipadankan dengan daging kisar dan rasa masam manis sos istimewanya. Nah, sekarang tak perlu memandu jauh-jauh dan beratur panjang. Apa kata anda cuba buat sendiri dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh TikToker makanan popular yang juga pemilik restoran, Hisham Raus. Bahan-bahan: Kerepek Nachos Bahan untuk inti: - Dua bungkus daging lembu atau ayam kisar - Tiga ulas bawang putih - Sesudu besar serbuk lada hitam - Garam - Gula Antara bahan utama untuk membuat Loaded Nachos Cheese. Cara-cara membuat inti: - Panaskan minyak masak dalam kuali - Masukkan bawang putih yang dihiris halus, serbuk lada hitam, garam dan gula. - Goreng sehingga masak Bahan-bahan hiasan: - Bawang besar dipotong dadu - Lada benggala hijau, merah dan kuning dipotong dadu (optional) - Tomato dipotong dadu Bahan-bahan untuk sos putih: - Satu sudu besar yogurt - Satu sudu besar cream cheese - Setengah cawan mayonis - Tiga ulas bawang putih - Satu sudu besar serbuk lada hitam halus - Daun parsley - Garam, gula dan sedikit air * Campur dan kisarkan semua bahan Dua jenis sos yang membangkitkan lagi keenakan Loaded Nachos Cheese. Bahan-bahan untuk sos hijau: - Setengah cawan mayonis - Empat tangkai cili hijau - Air perahan setengah biji lemon - Daun ketumbar - Sedikit air * Campur dan kisarkan semua bahan Masukkan daging, bahan hiasan dan sos ke dalam bungkusan kerepek Nachos. Mudah bukan? Selamat mencuba! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube