MENTEGA kacang atau peanut butter lazat dimakan bersama biskut kering atau disapu pada roti. Namun sekiranya dibeli daripada kedai runcit atau pasar raya, produk mentega kacang ini dilihat berharga agak mahal, boleh mencecah lebih RM10 sebotol mengikut saiz dan jenama. Melalui satu hantaran di laman Facebook oleh Sheila Cyla, ada dikongsikan resipi untuk menghasilkan mentega kacang sendiri di rumah, pasti jimat dan lebih memuaskan. Mentega kacang selalunya dimakan ketika sarapan. -Gambar hiasan Bahan-bahan: 1) 200 gram kacang tanah (sudah disangai tanpa minyak dan dibuang kulit) 2) Tiga sudu besar minyak 3) Setengah sudu besar mentega atau butter 4) Tiga sudu besar gula 5) Sedikit garam Cara membuatnya: 1) Kisar semua bahan menggunakan pengisar kering sehingga hancur dan berkilat. 2) Sudah siap untuk dimakan bersama roti atau biskut, baki selebihnya boleh disimpan di dalam botol kedap udara. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Sheila Cyla Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube