GULAI seperti masak lemak telur merupakan antara menu popular untuk makan tengah hari. Walaupun resipinya mudah, namun ramai mengalami kesukaran apabila telur ayam atau itik yang dimasak menjadi pecah. Telur tersebut tidak kekal pejal dan bulat seperti masakan di restoran, apakah rahsia mereka? Melalui satu hantaran di Facebook oleh seorang tukang masak dikenali sebagai Cef Ahmad Shukri Amiruddin, ada dikongsikan petua untuk mengatasi masalah ini. Ayuh kita lihat bagaimana caranya. Bahan-bahan: 1) Cuka Satu-satunya bahan yang diperlukan untuk petua ini. -Gambar hiasan Langkah-langkah: 1) Masukkan telur ke dalam air, pastikan air boleh menenggelamkan keseluruhan telur. 2) Mula didihkan air. 3) Seterusnya masukkan empat sudu cuka sebelum air mula mendidih. 4) Apabila air sudah mendidih, boleh retakkan telur satu persatu dengan menggunakan sudu, telur tidak akan pecah kerana kehadiran cuka. 5) Kini isi telur yang terkeluar akan menjadi bulat dan bujur, cantik kejadiannya. 6) Selepas telur siap dimasak, tuskan air dan masukkan telur ke dalam gulai. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Cef Ahmad Shukri Amiruddin Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube