suria

Tak susah pun, ini cara buat sendiri susu pisang di rumah... Paling penting rasa asli, bukan guna bahan perasa

Minuman susu pisang mampu menghilangkan dahaga.

SUSU kocak atau milkshake pasti lazat diminum pada hari yang panas untuk membasahkan tekak.

Antara menu susu kocak yang popular adalah perisa pisang, rasa lemak manisnya mampu memikat cita rasa sesiapa sahaja.

Melalui satu hantaran di laman Facebook oleh AJ Idris, ada dikongsikan petua mudah untuk membuat susu kocak sendiri di rumah.

"Saya ni stres sungguh beli susu pisang dekat kedai, banyak yang cuma dimasukkan perasa pisang tiruan, bukan ada pisang betul pun. Harganya pula mahal, tak berbaloi.

"Ini saya tunjuk cara nak buat sendiri, baru puas hati," ujar AJ Idris.

Ayuh kita lihat caranya.

Minuman buah-buahan mempunyai banyak khasiat. -Gambar hiasan

Bahan-bahan:

1) Sebiji pisang, disarankan pisang berangan

2) Satu gelas susu, boleh pilih antara susu penuh krim, susu lemak rendah atau susu segar

3) Satu sudu kecil gula atau madu

Cara membuatnya:

1) Masukkan pisang dan susu ke dalam pengisar, kemudian kisar sehingga sebati.

2) Untuk rasa yang lebih manis, tambahkan gula atau madu, kacau sehingga rata.

3) Tip tambahan, boleh juga masukkan ais batu bersama pisang dan susu ketika hendak dikisar, tekstur minuman akan menjadi lebih pekat dan menyegarkan.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - AJ Idris

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan