suria

Cara mudah buat ayam goreng pandan, tak perlu balut pun... Semua boleh cuba, dijamin anti-gagal

Hidangan ayam goreng pandan nikmat dimakan bersama nasi panas.

PASTI jemu sekiranya setiap hari kita menikmati menu sama seperti ayam goreng kunyit atau ayam goreng tepung.

Bagi mendapatkan kelainan, apa kata anda menukar cita rasa dengan mencuba ayam goreng pandan pula, baunya harum semerbak, terus bangkit selera.

Resipi pun cukup mudah, anda boleh buat sendiri di rumah tanpa memerlukan bimbingan daripada cef, ayuh kita ikuti perkongsian dari laman Facebook oleh Makcik Ratu.

"Saya tak rajin nak balut satu-satu ayam tu, ini cara senang buat ayam goreng pandan," ujarnya.

Kelazatan ayam goreng pandan pasti tiada tandingannya. -Gambar hiasan

Bahan-bahan:

1) Empat cawan isi ayam, potong dadu, namun jangan kecil sangat kerana akan kecut selepas digoreng

2) Dua hingga tiga batang serai yang sudah dihiris nipis

3) Lima helai daun pandan yang sudah dihiris

4) Satu sudu sederhana kicap cair masin

5) Satu sudu sederhana kicap ikan atau sotong

6) Dua sudu sederhana sos tiram

7) Satu sudu besar perasa

8) Setengah sudu kecil lada putih serbuk

9) Satu sudu sederhana serbuk ketumbar

10) Satu sudu sederhana gula

11) Dua sudu sederhana tepung jagung atau tepung beras

12) Tiga sudu sederhana santan pekat

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya memang ada rahsia! Akhirnya jumpa juga cara masak pisang goreng sedap, rangup macam beli di gerai

Bahan untuk dikisar:

1) Tiga hingga lima ulas bawang putih

2) Satu batang cili merah atau cili besar

3) Satu inci halia

4) Akar ketumbar

Langkah-langkah:

1) Gaulkan ayam dengan kesemua bahan dan perap selama setengah jam.

2) Akhir sekali, goreng ayam sehingga masak, siap!

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Makcik Ratu

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan