suria

Rangup, rasa seimbang sos pedas manis... Awas Ayam Yangnyeom, Ayam Goreng Real Fried boleh bikin ketagih!

Dua menu baharu Kyochon, Ayam Yangnyeom dan Ayam Goreng Real Fried.

PERNAHKAH anda merasai keenakan ayam yang disalut tepung sebanyak dua kali dan digoreng sehingga benar-benar rangup?

Warna keemasan dan kerangupan dalam setiap gigitan pasti tidak cukup dinikmati cuma seketul, sebaliknya akan membuatkan anda mahukannya lagi dan lagi.

Amaran untuk pencinta menu ini yang pertama kali menikmati Ayam Yangnyeom atau Ayam Goreng Real Fried, anda mungkin akan ketagihan!

Bayangkan Ayam Yangnyeom yang rasanya mempunyai keseimbangan sempurna antara manis, pedas, dan rangup, pasti mencipta sensasi yang tidak dapat dilupakan.

Anda setia kepada cara klasik dan asli? Ayam Goreng Real Fried adalah pilihan hebat kerana kerangupannya mempunyai tahap dan kelas tersendiri sehingga gigitannya bakal menjadi 'muzik' di telinga anda.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak payah beratur, buat sendiri je Loaded Nachos Cheese di rumah... Pasti terlajak sedap kalau tak kedekut bahan

Rahsia keenakan Ayam Yangnyeom adalah bahan asli Korea seperti gochujang dan madu, sekali gus memberikan keseimbangan sempurna antara rasa manis dan pedas dalam setiap gigitan.

Diperkaya dengan campuran rempah rahsia dan sentuhan sihat superfood seperti quinoa dan amaranth, Ayam Goreng Real Fried bukan sahaja lazat dengan tekstur rangup di luar berjus di dalam, malah menyihatkan.

Gabungan meletup antara dua ayam merangkumi ayam Yangnyeom dan Ayam goreng real fried diperkenalkan oleh Kyochon.

Gabungan Ayam Yangnyeom dan Ayam Goreng Real Fried.

Bagi yang tertanya-tanya, dua menu ini adalah hidangan baharu yang diperkenalkan KyoChon 1991 Malaysia.

Peminat ayam goreng boleh memilih sama ada mahu menikmati Half Chicken Yangnyeom bermula pada harga RM40.90, atau Half Chicken Real Fried juga pada harga sama.

Jika mahukan kedua-duanya, pesan saja gabungan Ayam Yangnyeom dan Real Fried dalam satu hidangan ayam penuh dengan hanya RM72.90.

Jadilah antara yang pertama mencuba menu baharu ini di mana-mana cawangan KyoChon 1991 Malaysia di Lembah Klang mulai sekarang.

Menu ini tersedia di semua cawangan di seluruh negara (kecuali KLIA dan Miri) bermula 9 Disember 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain