suria

Mudah, jimat masa... Ini idea memasak guna bahan asas hampir sama, boleh hasilkan 3 menu berbeza

Salah satu cara berjimat adalah dengan membawa bekal ke pejabat. -Gambar hiasan

SEKIRANYA kita pergi kerja dalam keadaan tergesa-gesa, semuanya akan jadi kelam-kabut.

Jika terbangun lambat ditambah pula dengan nak menguruskan anak-anak, perancangan memasak untuk dijadikan bekal terus 'ke laut'.

Bukan senang kalau semua benda nak buat pada waktu pagi lebih-lebih lagi menyediakan bahan-bahan memasak yang semestinya mengambil masa lama.

Tapi jangan risau! Kali ini mStar kongsikan resepi meal prep dengan idea-idea di bawah sebagaimana perkongsian akaun lemon8 @wawadels.

1. Ikan Siakap Tiga Rasa

Bahan-bahan:

- 4 ulas bawang putih

- 6 tangkai cili padi

- 1 inci halia

- 1 sudu besar sos tiram

- 1 batang serai (diketuk)

- Daun limau purut

- 2 sudu sos ikan

- 2 sudu besar sos tomato

- 2 sudu besar sos cili

- 1 biji bawang besar - dipotong dadu

- Daun sup

Cara-cara:

- Panaskan minyak dalam kuali.

- Goreng ikan sehingga garing dan angkat.

- Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia, cili padi dan serai.

- Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, dan daun limau purut. Kacau hingga sebati.

Lebihan bahan seperti bawang, serai, dan halia boleh digunakan untuk menu lain minggu itu.

Untitled design (6)

Sup daging antara menu paling mudah disediakan. -Foto Canva

2. Sup Daging

Bahan-bahan:

- Daging

- Ubi kentang (potong kecil)

- Lobak merah

- Daun sup

- Bawang besar

- Limau kasturi

- Garam

- Serbuk perasa

Bahan tumis:

- 5 ulas bawang merah (tumbuk kasar)

- 3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)

- 1 inci halia (tumbuk kasar)

- Sup bunjut

- Kulit kayu manis

- Bunga lawang

Cara-cara:

- Rebus daging menggunakan pressure cooker.

- Goreng bahan tumis sehingga wangi, kemudian masukkan sedikit air bersama ubi kentang dan lobak merah. Masak hingga ubi kentang lembut.

- Campurkan bahan tumis ke dalam periuk daging. Tambah garam dan serbuk perasa, sesuaikan rasa.

- Tabur bawang goreng, daun sup, dan perah sedikit limau kasturi.

Untitled design (5)

Ayam perap senang dan jimat masa. -Gambar hiasan

3. Ayam Perap Pelbagai Rasa

Untuk diet atau masakan cepat, boleh cuba resipi ayam perap dengan variasi seperti teriyaki, serai, blackpepper atau sweet gochujang.

Anda hanya perlu masak menggunakan air fryer mudah dan sihat!

Bahan-bahan:

- 2 ulas bawang di potong

- 1 inci halia

- Serai

- Serbuk cili

- Madu

- Perahan lemon

Cara-cara:

- Gaul ayam dengan bahan-bahan perapan dan simpan ke dalam bekas.

- Untuk tahan lama, letakkan di dalam tempat sejuk beku.

- Sehari sebelum ingin memasak, letakkan di chiller untuk defrost.

- Gunakan air fryer pada suhu 180°C selama 20 minit.

Bila dah dapat idea resipi, anda boleh sediakan bahan-bahan mengikut menu ke dalam satu bekas.

Bila mahu memasak, hanya ambil satu bekas sahaja. Memang terbukti menjimatkan masa, tenaga, dan wang.

Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain