SAMA ada anda seorang tukang masak yang hebat ataupun sekadar suri rumah, pasti kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan ketika sedang 'berperang' di dapur. Kesilapan yang tidak disengajakan ini boleh terjadi disebabkan terlalu sibuk, kurang fokus kerana penat dan sebagainya. Setakat terlupa memasukkan rencah atau perasa dalam masakan, itu memang masalah biasa di dapur. ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi masalah ayam melekat, senang nak masak... Ikuti langkah ini sebelum simpan dalam peti sejuk Namun salah satu perkara yang paling ditakuti adalah apabila terlebih memasukkan garam sehingga masakan menjadi sangat masin. Jangan khuatir! Ada beberapa cara untuk mengurangkan rasa masin dan menyelamatkan masakan anda. Berikut beberapa tip yang boleh dicuba sebagaimana perkongsian seorang pemilik restoran, @fathishukor di TikTok: Air perlu ditambah sedikit demi sedikit sehingga rasa masin dalam masakan berkurangan. -Gambar hiasan 1) Tambah air - Untuk sup atau masakan berkuah, tambahkan sedikit air untuk mengurangkan rasa masin. - Untuk masakan menggunakan susu, tambah susu atau krim bagi membantu meneutralkan rasa masin. - Pastikan tidak menambah cairan terlalu banyak kerana ia boleh mengubah tekstur atau konsistensi masakan. Tambah sedikit demi sedikit sehingga rasa masin berkurang. 2) Kentang - Tak semua masakan sesuai ditambah air. Justeru, kentang juga boleh digunakan sebagai 'penyelamat'. Potong kentang dalam saiz kecil dan masukkan dalam masakan anda. - Biar sehingga ia empuk. Kentang berperanan menyerap rasa masin dalam masakan. Beras juga boleh digunakan untuk mengurangkan rasa masin dalam masakan yang terlebih garam. -Gambar hiasan 3) Beras - Ambil sedikit beras, letakkan dalam kain kasa atau kain yang jarang. Ikat seperti sup bunjut dan masukkan dalam masakan anda. - Bila rasa masakan sudah okay, jangan lupa keluarkan ikatan beras tadi. Selamat mencuba! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube